Akhyar Dan 3 Pemain Dipanggil Menyertai Skuad Malaysia B-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam telah mengumumkan 4 pemain yang berada dalam senarai menunggu telah dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bagi menghadapi temasya Sukan Asia bulan depan.

Panggilan ini bermakna ketua jurulatih skuad Malaysia B-23, Datuk Ong Kim Swee, akan mempunyai 28 pemain yang melaporkan diri pada 30 Julai ini sebelum menghadapi perlawanan sebenar yang berlangsung pada 10 Ogos depan.

4 pemain itu ialah Akhyar Rashid (Kedah), Kogileswaran (Pahang, Adib Zainuddin (JDT II) dan Syahmi Safari (Selangor). Kesemua pemain ini merupakan sebahagian daripada skuad yang mewakili negara ketika kejohanan AFC B-23 di China.

Bagaimanapun, daripada 28 pemain melaporkan diri ini, hanya 20 pemain terbaik sahaja yang akan berada dalam senarai akhir pendaftaran pemain ke Sukan Asia 2018.

“Senarai pemain yang saya pilih ini adalah berdasarkan prestasi semasa mereka dalam saingan Liga Super dan Liga Premier, serta penilaian ketika kem latihan skuad B-23 kebangsaan sebelum ini serta prestasi pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe,” jelas Ong Kim Swee.

Kelmarin keputusan undian semula acara bola sepak yang dilakukan di AFC House, Kuala Lumpur menyaksikan Emiriah Arab Bersatu (UAE) diundi dalam kumpulan E iaitu satu kumpulan dengan skuad muda negara.

Keputusan undian acara bola sepak Sukan Asia 2018.

Susulan kumpulan perubahan itu menyebabkan pengendali skuad itu, Datuk Ong Kim Swee terpaksa membatalkan aksi persahabatan menentang Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung pada 9 Ogos depan.

“Kita akan terbang ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu China B-23 pada 5 Ogos dan kembali ke tanah air pada 6 Ogos.

“Kemudian kita akan meneruskan kem latihan di Wisma FAM dan jika mengikut jadual asal Sukan Asia 2018, kita akan terbang ke Indonesia pada 12 Ogos sebelum menghadapi perlawanan pertama yang dijadualkan pada 14 Ogos,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN