Akhirnya, Dollah Salleh Akui Sudah Temui Ramuan & Akan Diguna Untuk Piala Malaysia

Dollah Salleh Sri Pahang ramuan

Penang FC, KL City FC dan sebuah pasukan dari Liga Premier wajar berhati-hati kerana dikhabarkan yang pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh sudah menemui ramuan terbaik untuk digunakan di Piala Malaysia 2021.

Ketiga-tiga pasukan tersebut telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Sri Pahang untuk saingan Piala Malaysia 2021 yang dijangka akan bermula pada 25 September depan. Benarkah ramuan telah ditemui?

Menurut Dollah Salleh yang ditemui media selepas tewas 1-2 kepada Penang FC, sejak mengambil alih pasukan Sri Pahang pada 13 Mac lalu, akhirnya beliau telah menemui ramuan terbaik untuk skuad tersebut.

Selepas hanya meraih satu mata dalam empat perlawanan, Tok Gajah turun berdepan Penang FC dengan permainan yang sangat baik. Mereka menguasai permainan dan bermain lebih baik berbanding sebelum itu.

Walaupun Kenny Athiu berjaya meledak gol pembukaan perlawanan pada minit ke-61, Endrick dos Santos dan Danial Ashraf muncul sebagai penjaring gol untuk Harimau Kumbang meraih tiga mata berharga.

Benar, Sri Pahang telah tampil dengan permainan yang lebih baik. Mungkin kenyataan Dollah Salleh tentang ramuan terbaik itu ada benarnya. Katanya, “Ia memang dalam perancangan saya [taktikal berdepan Penang].”

“Selepas sekian lama kami tidak dapat menurunkan pasukan terbaik, malam ini kami dapat melakukannya dan mereka sudah menunjukkannya [aksi terbaik] walaupun kami tidak mendapatkan kemenangan,” tegasnya.

Kembali diperkuatkan dengan beberapa pemain utama yang baru pulih daripada kecederaan seperti Helmi Eliza Elias dan Nor Azam Azih, mungkin itulah ramuan yang dimaksudkan oleh Dollah Salleh selain kombinasi permainan yang mungkin sudah diperbaiki dan mula menunjukkan hasilnya dalam perlawanan tersebut.

Kenny Athiu yang gagal meledak sebarang gol dalam tiga aksi berdepan Terengganu FC, KL City dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya meledak gol berdepan Kedah Darul Aman FC (dua gol) dan Penang FC (satu gol).

“Saya mahu mereka menunjukkan lebih keserasian dalam perlawanan terakhir. Keserasian itu kemudian akan menjadi bekalan dalam saingan Piala Malaysia,” ujar Dollah Salleh lagi tentang prestasi pemainnya.

Begitupun, selepas itu, mereka tumbang 0-1 kepada UiTM FC dalam perlawanan terakhir Liga Super 2021.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN