Sebuah akhbar tempatan yang memaparkan gambar aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Everton dan Liverpool telah menjadi topik yang ‘trending’ di media sosial kerana menulis nama pemain sebagai ‘Black Lives Matter’.
Gambar berkenaan menunjukkan pemain tengah Everton, Gylfi Sigurdsson sedang diasak oleh tiga orang pemain Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain, Jordan Henderson dan Trent Alexander-Arnold.
Bagaimanapun, gambar Alexander-Arnold yang membelakangkan kamera dalam akhbar itu dinamakan sebagai ‘Black Lives Matter’ kerana perkataan tersebut tertera pada jersi pemain berkenaan.
PEMAIN BOLA YANG BERNAMA BLACK LIVER MATTER?
— Empayar Bola (@empayarbola) June 23, 2020
.
Berita Harian buat lawak ke? Atau mereka tak tahu maksud Black Lives Matter?
.
Kalau mereka tengok game ni, mungkin mereka terkejut sebab semua pemain bernama Black Lives Matter 😅 pic.twitter.com/1kfNRqLYna
Sedangkan semua pemain dalam perlawanan itu menggunakan ‘nama’ yang sama pada jersi mereka sebagai satu langkah untuk menyokong kempen anti-perkauman yang dijalankan oleh pihak pengurusan EPL.
Dalam 12 perlawanan yang berlangsung sejak liga kembali disambung, semua pemain bagi setiap pasukanakan beraksi dengan slogan tersebut diletakkan pada jersi menggantikan nama mereka sebagai satu mesej untuk menunjukkan semua manusia adalah sama sahaja tarafnya.
Kesilapan tersebut bukan sahaja menjadi bahan ketawa di Malaysia, tetapi turut dikongsikan oleh pengguna media sosial di seluruh dunia.
Always rated Black Lives Matter pic.twitter.com/9e6SmPrFl2
— Troll Football (@TrollFootball) June 23, 2020
Tidak dapat dipastikan sama ada ianya sememangnya satu kesilapan oleh pihak penerbitan atau disengajakan kerana agak mustahil wartawan sukan tidak mengetahui nama sebenar pemain tersebut.
Kredit Foto: Troll Football