Hari ini telah digemparkan dengan isu akaun Twitter pasukan Liga Super, Pahang yang dilihat telah retweet (RT) cicipan berbaur lucah di garis masa mereka.
Ianya telah mendapat perhatian ramai pihak terutamanya pengikut bola sepak Malaysia yang aktif di laman Twitter.
Tindakan tersebut telah menyebabkan ramai yang mengecam tindakan laman Twitter tersebu yang dikatakan menyalahgunakan akaun tersebut selain ketidakkerapan pasukan media sosial Pahang melakukan kemas kini di Twitter.
Pihak Pahang kemudiannya tampil memberikan penjelasan yang akanun Twitter mereka sebenarnya telah digodam oleh penggodam dan kerana itulah akaun mereka melakukan RT kepada video lucah itu.
“Terlebih dahulu, pihak media ingin memohon maaf di atas apa yang berlaku di laman sosial Twitter Official Pahang pagi ini.”
“Laman Sosial Twitter Pahang FA telah digodam individu yang tidak bertanggungjawab dan satu laporan kepada pihak berkuasa telah dilakukan kerana ianya telah mencemarkan imej pasukan Pahang.”
Buat masa ini, laman Twitter tersebut telah ditutup sementara menunggu sama ada ianya akan dibuka semula atau tidak.