“Akan Tiba Juga Waktunya” – Coretan Di Dinding Tentang Kedah Mengingatkan Catatan Di FB Tentang JDT

penyokong Kedah JDT akan tiba waktunya ACL

Penulis tertarik dengan respon salah seorang pembaca di artikel, ‘Background’ Sesi Gym Spurs & Harry Kane Ini Imbas Saat ‘Getir’ Kedah Di Kelayakan ACL 2020 yang mengatakan akan tiba juga waktunya ia ‘terpamer’.

Pemilik akaun Facebook, Ishak Ibnu Batuta meninggalkan komentar yang mengusik ingatan penulis kepada satu coretan di akaun Facebook Ultras Johor Darul Ta’zim (JDT), Boys of Straits (BOS), juga tentang ACL.

komen pembaca Semuanya BOLA artikel Kedah

Maksud akan tiba juga waktunya

Mungkin Ishak memaksudkan penulis ‘Kedah FA, ACL FC Seoul vs Kedah FA, 28/01/2020, Pulun Kedah Pulun’ di dinding ‘background’ gym di Stadium Piala Dunia Seoul tidak berniat untuk tulisan tersebut menjadi tular, tetapi akhirnya ia menjadi tular setelah lebih dua tahun dicoretkan di sana tanpa pengetahuan sesiapa di Malaysia.

Ia juga mungkin boleh memberi maksud ia akan jadi realiti apabila tiba waktunya. Mengapa ia mampu menjadi realiti? Sebagaimana yang kita ketahui, disebabkan MA Ranking Malaysia sudah semakin baik atas prestasi JDT, Kedah Darul Aman FC dan KL City FC di kejohanan anjuran AFC, Malaysia meraih kouta 2+2 di ACL 2025.

Ia bermaksud dua pasukan dari Malaysia akan layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) dan dua lagi pasukan akan bersaing di pusingan kelayakan playoff. Ia bakal menjadi satu realiti – jika Kedah berjaya melayakkan diri sebagai wakil dari Malaysia berdasarkan ketetapan AFC dan Malaysian Football League (MFL).

Melihat prestasi Kedah dalam saingan Liga Malaysia beberapa tahun terkini, ia mampu untuk direalisasikan.

Coretan tentang Kedah dan catatan tentang JDT

Kedua-duanya adalah luahan isi hati daripada penyokong tegar Kedah dan JDT. Untuk Kedah, sebagaimana dalam artikel sebelum ini, mungkin telah ditulis oleh salah seorang penyokong yang hadir ke stadium tersebut ketika Sang Kenari turun menentang FC Seoul dalam pusingan playoff ACL 2020 – mereka tewas besar 1-4.

‘Pulun Kedah Pulun’ adalah kata-kata semangat buat Kedah walaupun mereka tahu tugas berat untuk pasukan menewaskan wakil K-League itu. Langkah mereka terhenti sebelum berjaya melangkah ke peringkat kumpulan.

Apa pula catatan tentang JDT? Berdasarkan perkongsian BOS di Facebook mereka Jun lalu selepas mereka layak ke pusingan 16 terbaik ACL 2022, mereka pernah memuat naik posting berkaitan Urawa Red pada 2017.

Salah seorang komrad mereka saat itu berada di Stadium Saitama ketika Urawa Red muncul juara ACL 2017.

“Selamat malam dari Saitama Stadium, Japan. Tahniah Urawa Red Diamonds menjuarai AFC Champions League 2017 malam ini. ‘Hope’ satu hari JDT pula akan ke stadium ni. Kalah menang belakang cerita!!”

Dan akhirnya selepas lima tahun ia dimuat naik, JDT sah akan beraksi di Stadium Saitama menentang Urawa Red di pusingan 16 terbaik pada 19 Ogos depan. Harimau Selatan berhasil mara selaku juara Kumpulan I selepas mengatasi wakil Jepun, Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai (Korea Selatan) dan Guangzhou FC (China).

Harapan penyokong sentiasa meninggi

Harapan penyokong takkan pernah padam. Mereka sentiasa mahukan yang terbaik daripada pasukan yang didokong biarpun ia tampak sukar untuk direalisasikan saat itu. Mungkin ia boleh menjadi realiti di kemudian hari. Sebagaimana JDT yang tidak jemu mencuba dan akhirnya mereka berjaya mara ke pusingan 16 terbaik.

Ketika catatan itu dimuat naik oleh BOS, JDT hanya bersaing di Piala AFC – mara setakat semifinal zon Asean. Sebelum itu, mereka beraksi di pusingan kelayakan playoff ACL 2017 sebelum ditewaskan Gamba Osaka 3-0.

Tidak salah untuk memasang impian. Bak kata Ishak Ibnu Batuta, ia luahan jiwa tanpa niat untuk dipamerkan, tetapi adakalanya ia akan terpamer apabila tiba waktunya. Adakah ini waktunya Malaysia memiliki wakil yang lebih di ACL? Jika terus konsisten, tidak mustahil MA Ranking Malaysia akan membantu merealisasikannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN