3 kelab Liga Belanda, Ajax, PSV dan Feyenoord telah bersetuju untuk menyumbang sekurang-kurang 10% daripada hadiah wang UCL kepada Eredivisie.
Dengan keadaan semasa, Eredvisie akan mendapat sekurang-kurang €10 juta ataupun RM47.7 juta daripada wang UCL.
Sebagai balasan kelab-kelab ini meminta Eredivisie memperketatkan agar kesemua rumput tiruan tidak digunakan lagi dalam liga utama.
Isu rumput tiruan menjadi topik hangat di Belanda apabila banyak risiko kecederaan kerana rumput tiruan ini.
3 kelab ini juga meminta agar jumlah pasukan dikurangkan daripada 18 kepada 16 pasukan sahaja. Dan play-off untuk menentukan siapa tersingkir bakal dilakukan.
Namun untuk cadangan pengurangan pasukan ini, Eredivisie menyatakan mereka masih dalam proses kajian.
Ajax dan PSV juga meminta agar pengurusan liga membenarkan pasukan pembangunan mereka beraksi di liga divisyen 2 yang kini dikenali sebagai Keuken Kampioen Divisie.
Eredivisie kini sedang berusaha memperkasakan semula liga mereka. Ini selepas satu ketika dahulu liga mereka melahirkan pasukan kompetitif di UCL dan juga eksport pemain yang berkualiti.
Rombakan itu mungkin akan menyaksikan Eredivisie berwajah baru pada 2021.
Oleh itu, tawaran 3 kelab ini sangat menarik untuk Eredivisie. Ini kerana memang sepatutnya pasukan di liga utama memiliki stadium yang ada rumput asli dan dijaga rapi.
Pemasangan padang sintetik ini tiba-tiba menjadi hangat pada tahun lalu. Banyak pasukan memilih menggunakan padang sintetik kerana kos penyelenggaraan yang lebih murah.
Kini 3 pasukan itu meminta liga utama diseragamkan menggunakan rumput asli.
Penggunaan rumput tiruan juga dikatakan antara sebab kenapa orang memandang rendah Eredivisie. Mereka sedang berusaha mencari rakan penyiaran yang mampu memberikan mereka pulangan lebih besar.