Aiyawatt Srivaddhanaprabha Ganti Mendiang Vichai di Leicester?

Aiyawatt, salah seorang anak kepada mendiang Vichai Srivaddhanaprabha disebut bakal menjadi pemilik Leicester City. Aiyawatt yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Top’, baru berusia 25 tahun.

Kenapa Leicester?

Top menceritakan apakah kisah di sebalik pemilihan Leicester City untuk dilaburkan oleh mendiang bapanya. Pada ketika itu, mereka berdua bertandang ke England untuk menonton perlawanan bola sepak.

Perlawanan yang dimaksudkan ialah Leicester menentang Middlesbrough dalam perlawanan akhir Piala Carabao. Pada ketika itu, ia dikenali Piala Coca-Cola kerana penajaan syarikat minuman.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dan menyebabkan perlawanan ulangan terpaksa diaturkan. Final edisi 1997 itu masih menyaksikan di mana peraturan perlawanan ulangan dilaksanakan jika tiada pemenang.

Leicester memenangi perlawanan akhir dan menjulang trofi itu. Top mula jatuh cinta dengan kelab yang digelar The Foxes itu. Beliaulah individu yang memberi cadangan kepada Vichai untuk melabur dalam kelab itu.

Belajar dan terus belajar

LEICESTER, ENGLAND – MAY 21: Leicester City Chairman, Vichai Srivaddhanaprabha. (Photo by Ross Kinnaird/Getty Images)

Kehidupan sebagai anak jutawan bukanlah mudah. Beliau terpaksa mempelajari banyak perkara daripada syarikat peninggalan bapanya.

Selain Leicester City, mendiang Vichai mempunyai kelab Belgium, OH Leuven. Kelab itu kini dikendalikan oleh Nigel Pearson.

Kelab itu diberitakan juga menangguhkan perlawanan liga dan turut memberi peluang kepada penyokong untuk menuliskan ucapan takziah pada buku ucapan.

Top juga akan menguruskan rangkaian kedai bebas cukai yang dikenali di Thailand, King Power. King Power merupakan batu asas kejayaan bapanya.

Kaunseling

Dalam perkembangan lain, Claude Puel memberitahu para pemain Leicester akan ke Cardiff dengan menaiki bas. Mereka tidak menggunakan kapal terbang kerana ia memberikan imej tidak baik.

Selasa lalu, 27 pemain kendaliannya turun ke padang latihan. Walaupun mereka diberi peluang untuk rehat dan menenangkan fikiran.

Ada pemain juga turut melalui sesi kaunseling.

Pengebumian

LEICESTER, ENGLAND – OCTOBER 29: Aiyawatt Srivaddhanaprabha (R) and Aimon Srivaddhanaprabha (L), the son and wife of Leicester City owner Vichai Srivaddhanaprabha. (Photo by Christopher Furlong/Getty Images)

Dilaporkan jenazah mantan pengerusi Leicester itu akan dibawa pulang ke Thailand. Upacara pengebumian telah diberitakan menerima tajaan dari keluarga diraja Thailand.

Semoga Top berjaya menguruskan segala perniagaan peninggalan ayahnya. Moga urusan beliau dan keluarganya dibantu dan direncana dengan baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN