AirAsia Buat ‘Pusingan U’, Nyatakan Persetujuan Kembali Taja Liga M

AirAsia

Badan penganjur liga bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) boleh sedikit mengukir senyuman apabila AirAsia yang sebelum ini dilaporkan tidak mahu menyambung tajaan Liga Malaysia 2021 telah membuat ‘pusingan u’ untuk kembali menaja saingan tersebut.

Menurut sumber Berita Harian (BH) Online, perkembangan terkini yang pastinya menggembirakan itu telah diumumkan oleh Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam sidang media bersempena Kongres MFL di Putrajaya, semalam.

Hamidin mendedahkan keputusan positif itu dicapai susulan perbincangannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan bakal terdapat beberapa penambahan lain melibatkan aspek penajaan.

“Saya sudah jumpa dengan Tan Sri Tony Fernandes dan selepas berbincang beliau mengesahkan akan menyambung kembali penajaan. Mungkin akan ada satu dua penambahan daripada Air Asia.”

“Ini perkara yang baik dan kita juga tunggu CIMB, kalau kita dapat bank lain, apa salahnya. Kami semua sedang usahakan, mungkin Januari atau Februari akan dapat (diumumkan).”

“Dalam keadaan COVID-19 ini bukan senang kerana ia memberi kesan kepada semua pihak. Jadi kita kena prihatin dengan situasi mereka dan tidak boleh menuntut sesuatu yang terlalu tinggi sebaliknya memberi ruang apa yang mampu diberikan oleh mereka,” ujar Hamidin bercakap kepada media dalam sidang media yang diadakan di Hotel Marriot itu.

Selain itu, Hamidin yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui pihaknya berusaha keras dalam mendapatkan penajaan bagi kelangsung saingan liga tempatan pada musim hadapan.

“Sebenarnya kita sudah berurusan dengan banyak pihak dan sampai masa kita akan umum. Buat masa ini TM (Telekom Malaysia) bersama kita.”

“Contohnya, ada salah satu penaja yang mahu melihat penyokong masuk stadium baru mereka bersetuju menaja untuk salah satu trofi. Liga Super, Liga Perdana, Piala FA atau Piala Malaysia.”

“Selain nak kemeriahan, kemasukan penyokong walaupun dalam skala kecil ia juga mampu menarik penaja,” tambah Hamidin lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN