Air Asia Tawar Harga Promosi Ke Hanoi Untuk Penyokong Harimau Malaya

Berita baik untuk penyokong Harimau Malaya yang berhasrat mahu ke Hanoi bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua, Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember ini kerana syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Air Asia bakal memperkenalkan harga promosi dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes, tawaran itu diberikan kerana mahu memastikan lebih ramai penyokong Malaysia dapat hadir di Stadium My Dinh untuk memberi sokongan padu kepada skuad negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes

Bercakap kepada Berita Harian, Tony menjelaskan pihaknya akan berbincang dahulu dengan pengurusan lapangan terbang Vietnam untuk melihat berapa jumlah slot penerbangan dari Malaysia yang dibenarkan mendarat pada hari perlawanan.

“Malaysia memerlukan sokongan sebanyak mungkin. Ketika saya di Hanoi, saya melihat rakyatnya begitu menggila apabila mereka menang.

“Kita (AirAsia) akan cuba aturkan. Apa yang kita cuba lakukan adalah penerbangan akan berlepas melalui Bangkok (jika tiada penambahan slot penerbangan dari Malaysia) dan kita akan cuba menggunakan kapal terbang yang lebih besar.

“Jika kita mendapat slot dan hak, kita akan cuba menambah bilangan kapal terbang selain bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ultras Malaya,” katanya.

Skuad Harimau Malaya berjaya menyingkirkan juara bertahan, Thailand minggu lalu.

Malaysia akan menentang Vietnam pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Selasa ini, manakala aksi perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Hanoi pada 15 Disember ini.

Sebelum ini terdapat permintaan daripada komuniti bola sepak negara agar Air Asia menawarkan harga promosi untuk penerbangan mereka ke Bangkok ketika aksi separuh akhir kedua bagi memudahkan urusan penyokong memberikan sokongan kepada pasukan negara.

Setelah menyatakan persetujuan untuk mengkaji permintaan tersebut, jutawan industri penerbangan itu akhirnya mengumumkan tawaran tersebut melalui akaun twitter beliau.

Harga keseluruhan tambang untuk pergi dan balik ke Bangkok tersebut ialah RM350. Namun tawaran ini hanya terhad untuk 160 ekor Harimau Malaya yang akan memberi sokongan kepada pasukan negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN