Bekas jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Sharin memuat naik satu siaran di Instagram milik beliau dengan lagu latar Selamat Tinggal Penderitaan oleh kumpulan Iklim.
Dari video pendek itu, kelihatan jelapang padi biarpun bukan musimnya ketika ini.
Tapi ia menunjukkan Aidil masih sayang pada pasukan Kedah namun jodoh antara mereka tidak lama menyebabkan mereka perlu berpisah.
Lagu yang dipopularkan oleh Iklim itu membawa maksud seseorang itu telah mengalami satu perjalanan hidup yang begitu sukar sebelum ini.
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Yang telah kau berikan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan
Adakah Aidil ingin memberi mesej sebelum ini banyak penderitaan dari kebahagian ketika bersama pasukan Kedah?
Malah Aidil juga pernah memberi teguran kepada peminat Hijau Kuning agar mereka lebih bersyukur dengan apa yang pasukan dan pemain telah alamai selama ini.
Apakah sebenarnya Kedah banyak mengalami masalah dalaman sehingga menggangu prestasi mereka musim ini?
Dari mesej Aidil ini, ia seperti ada rahsia yang mereka pendamkan agar ia tidak ketahui oleh orang luar pergolakan yang tengah berlaku.
Jika lihat pada lirik lagu itu, banyak perkara jurulatih muda ini telah lalui di saat jatuh bangun ketika bersama Kedah.
Mungkin juga ketika pasukan mula mengalami kemesrotan prestasi, Aidil menjadi sasaran amarah para penyokong.
Aidil telah bersama Kedah hampir empat tahun dan telah membantu pasukan itu mencatat pelbagai kejayaan.
Antaranya kejuaraan Piala FA pada tahun 2019 dan layak ke saingan Piala AFC untuk dua tahun berturut-turut.
Prestasi Kedah pada musim ini sememangnya tidak begitu baik apabila mereka gagal memberi saingan kepada pasukan lain.
Malah Kedah juga gagal untuk terus mempertahankan slot Piala AFC yang mereka dapat sebelum ini.
Ketika ini, jurulatih dari Singapura ini dikaitkan dengan pasukan Harimau Kumbang untuk musim hadapan.
Adakah Aidil akan terus merwarnai saingan Liga Malaysia atau akan membawa hati yang lara ke Kota Singa?