Aidil Sharin: Pemain Saya Telah Beri Yang Terbaik, Pahang Lebih Bertuah

Aidil Sharin Kedah 2 penyokong

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menganggap kekalahan kepada Pahang dalam perlawanan ke-6 unifi Liga Super Malaysia (MSL) 2019 sebagai nasib yang kurang baik dipihaknya.

Ditemui ketika sidang media selepas perlawanan, pengendali berusia 41 tahun itu mahu melupakan apa yang telah berlaku dan fokusnya kini adalah untuk perlawanan liga yang seterusnya.

“Kita kurang bernasib baik untuk tidak mendapat sebarang mata walaupun kita ada peluang berbuat demikian. Kita akan bekerja lebih keras untuk perlawanan seterusnya,” ulas Aidil Sharin.

Foto: MFL

“Keseluruhannya, apa yang boleh saya katakan adalah saya berbangga dengan pemain-pemain saya. Kita telah buat yang terbaik dan apa yang penting sekali adalah untuk terus pandang ke depan, bukan ke belakang,” tambahnya lagi.

Kedah tewas buat kali pertama musim ini apabila jaringan pemain gantian, Zuhair Aizat pada 4 minit terakhir memberikan tuan rumah, Pahang 3 mata berharga di Darul Makmur.

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan persembahan menarik dengan saling berbalas asakan namun di saat perlawanan seperti akan berakhir dengan keputusan seri, sebaliknya telah berlaku.

“Saya rasa para pemain telah beraksi dengan hebat malam ini. Kita turun dengan perancangan rapi dan pemain telah buat dengan baik. Itulah bola sepak, 1 percubaan terbias menghasilkan gol.

Foto: MFL

“Namun, apa yang paling penting adalah semua pemain termasuk pertahanan telah beri 100% dan ia perlawanan yang menarik untuk ditonton, kedua-dua pasukan saling menyerang,” tambahnya lagi.

Aidil Sharin turut mengambil kesempatan memuji aksi Khairul Helmi Johari yang menggantikan pertahanan kental, Renan Alves yang digantung 3 perlawanan akibat layangan kad merah.

“Anda dapat lihat pemain seperti Keon (Khairul Helmi) yang tidak pernah diturunkan tetapi hadir memberikan masalah buat Dickson (Nwakaeme), yang semua tahu bukan mudah mengawalnya.

“Mereka lebih bertuah berbanding kami. Kita perlu terus pandang ke depan bukan ke belakang dan bekerja keras. Ini baru minggu ke-6 liga dan banyak lagi perlawanan selepas ini.

“Ia sangat tidak adil untuk tidak meraih sebarang mata dengan apa yang telah dipamerkan oleh para pemain,” tambahnya lagi.

Helang Merah ketika ini berada di kedudukan ke-3 liga dengan 11 mata dan ianya mungkin tidak akan kekal lama dengan beberapa perlawanan akan berlangsung pada malam ini dan juga esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN