Aidil Sharin Mampu Ulangi Kejayaan 2019 Bersama Kuching City Musim Ini

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak dilihat mampu untuk mengulangi kejayaan telah dilakar beliau seperti musim pertama di Malaysia ketika bersama Kedah Darul Aman (Kedah) pada 2019 lalu.

Nama Aidil bukan suatu yang asing buat bola sepak di Asia Tenggara selepas beliau tampil menyerlah di Singapura selaku pengendali buat Home United sebelum memulakan karier di Malaysia.

Dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), Aidil buat julung kalinya melatih Kedah terlebih dahulu dan mencipta sensasi pada awal musim 2019 dengan meraih gelaran juara Piala FA serta mara ke final Piala Malaysia.

Dua kejayaan dalam masa singkat diperoleh ketika bersama Kedah lalu kini mungkin mampu diulangi Aidil sekali lagi bersama Kuching City selepas melihat kepada beberapa situasi.

Apa tidaknya, Aidil tidak memerlukan masa yang lama untuk tampil disenangi penyokong pasukan tersebut selepas penyertaannya pada pertengahan musim lalu berjaya membawa Kuching City selaku naib juara MFL Challenge Cup.

Kuching City yang tampil terumbang ambing pada tahun lalu juga berubah secara drastik pada saingan musim ini setelah beberapa rombakan dibuat oleh jurulatih tersebut.

Kemasukan beberapa pemain berpengalaman serta pernah mencipta kerjasama dengannya sebelum itu kini dilihat membuahkan hasil cukup positif pada awal saingan 2024/2025.

Daripada enam perlawanan dihadapi Kuching City, Aidil memastikan pasukan tersebut meraih dua kemenangan, tiga kali seri, serta hanya satu kekalahan ketika berdepan Sabah.

Paling menarik, pastinya kejayaan Kuching City pada saingan suku akhir pertama Piala FA baru-baru ini, apabila mereka mampu menewaskan Selangor menerusi kemenangan tipis 2-1 di laman sendiri.

Kemenangan itu sekurangnya berjaya meningkatkan moral pasukan serta mereka memiliki kelebihan daripada segi bekalan gol untuk dibawa ke gelanggang lawan pada Sabtu hadapan.

Dua jaringan daripada James Okwuosa dan Jordan Mintah cukup untuk mengejutkan ramai peminat bola sepak tempatan apabila Kuching City mampu mengaibkan Selangor di laman sendiri.

Kemenangan ini menyaksikan Kuching City berjaya meneruskan momentum mereka untuk menafikan kelab gergasi daripada meraih kemenangan selepas pasukan itu menewaskan Kuala Lumpur City (KL City), mengikat seri Terengganu, serta meraih kejayaan mengatasi Selangor.

Walaupun masih lagi tipis, peluang untuk Kuching City mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA dianggap cerah dan Aidil berpeluang untuk melangkah ke pusingan akhir buat kali kedua dalam kejohanan tersebut.

Melihat kepada perjalanan semasa Aidil ketika ini yang positif serta mendapat sokongan baik daripada pihak kelab, dijangka lebih banyak kejayaan masa panjang mampu dicapai beliau.

Pandangan anda pada aksi hari ini buat Kuching City?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN