Aidil Sharin: “Saya Mahu Lebih Lagi Dari Fadzrul Danel”

Fadzrul Danel

Menang di halaman sendiri dengan jaringan yang besar, 3 mata penuh dan berada di puncak liga ketika ini menjadikan Kedah antara tumpuan menarik untuk perlawanan malam tadi.

Kedah berjaya menundukkan pendatang baharu Liga Super, Felda United dalam aksi ketiga unifi Liga Super (MSL) 2019 dengan jumlah jaringan yang besar iaitu 4-0 di Stadium Darul Aman.

Kali terakhir Helang Merah menang dengan jaringan 4 gol di Darul Aman adalah pada April tahun lalu – menang ke atas Selangor.

Melengkapkan malam indah tuan rumah adalah 3 pemain yang berjaya meledak gol peribadi pertama masing-masing iaitu Zaquan Adha, Anmar Almubaraki dan juga pemain muda, Fadzrul Danel.

Dalam sesi post match reaction di iflix, ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak menjelaskan yang prestasi pemain muda meningkat naik, Fadzul Danel sebenarnya masih boleh ditingkat lagi.

“Prestasinya masih boleh ditingkatkan lagi. Kita tidak boleh cakap kita puas hati dengan prestasinya walaupun dia menjaringkan gol.

“Saya mahu lebih lagi daripada dia untuk dia jadi pemain bola sepak yang bagus,” ujar pengendali berusia 42 tahun itu lagi.

Foto: KFA

Pemain berusia 21 tahun itu kini sedang menikmati permulaan karier yang indah bersama negeri kelahirannya itu. Baru dinaikkan ke skuad utama, Danel telah membarisi kesebelasan utama.

Danel beraksi dalam kesebelasan utama untuk ketiga-tiga perlawanan Helang Merah ketika ini dan turut berpeluang beraksi bersama skuad B-23 tahun negara sejak akhir-akhir ini.

“Dia bermain dengan baik. Tetapi kita kena bagi pemain lain seperti Baddrol Bakhtiar dan Zaquan Adha untuk bantu dia. Disebabkan mereka, dia selesa beraksi,” jelasnya lagi.

Danel bergandingan bersama kapten, Baddrol Bakhtiar dalam tiga perlawanan setakat ini di jentera tengah – menyebabkan pemain seperti Amirul Hisyam Awang Kechik kehilangan tempat.

Mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Aidil Sharin telah menyatakan yang paling penting baginya adalah pasukannya berjaya memungut 3 mata pertama di halaman sendiri.

“Alhamdulillah, pemain-pemain bekerja keras hari ini. Jumlah jaringan itu tidak penting bagi saya tetapi yang paling penting adalah 3 mata pertama di halaman sendiri.

“Apa yang penting adalah 3 mata kerana kita mahu lebih dekat dengan pasukan yang berada di atas liga macam JDT, Pahang dan Melaka,” ujarnya lagi sebelum menutup bicara.

Kedah kini di puncak liga menerusi perbezaan gol yang lebih dan berkongsi 7 mata bersama-sama Pahang, JDT serta Melaka United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN