Aidil Sharin: Bukan Mudah Untuk Tentang FC Seoul Dengan 10 Pemain

Aidil Sharin Kedah 2020 Kelayakan ACL

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak sudah dapat membaca ia akan menjadi malam yang sukar buat mereka selepas pertahanan tengah, Renan Alves dilayangkan kad merah pada minit ke-37.

Perjalanan Kedah dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 berakhir malam tadi selepas tumbang 1-4 kepada wakil Korea Selatan, FC Seoul di Stadium Piala Dunia Seoul.

Kekalahan tersebut menandakan yang Helang Merah mengakhiri penyertaan singkat mereka dalam saingan kelayakan ACL 2020 yang menurut Aidil Sharin, ianya satu pengalaman berharga.

Renan Alves telah didapati dengan sengaja menyentuh bola dengan tangannya di dalam kotak penalti dan telah dilayangkan kad kuning kedua seterusnya diarahkan untuk meninggalkan padang.

Hasilnya, FC Seoul memperolehi jaringan pendahuluan yang mereka cari hasil ledak Park Chu-young menerusi sepakan penalti daripada kesalahan ‘tidak sepatutnya’ pertahanan kelahiran Brazil itu.

Aidil Sharin merubah pelan taktikalnya dengan memasukkan David Rowley bergandingan bersama Badddrol Bakhtiar sebagai pemain tengah bertahan dan dilihat telah berjaya mengekang asakan lawan.

Kehilangan seorang pemain telah menyebabkan pelan tersebut terpaksa diubah dan Zulkhairi Zulkeply telah dimasukkan. Kedah telah dipaksa bermain dengan 10 pemain untuk hampir sejam.

“Kami masih baru dalam saingan ACL tetapi sudah semestinya kami telah belajar sesuatu yang penting daripada perlawanan malam ini. Apa yang penting adalah pemain-pemain saya telah bekerja keras dan memberi 100 peratus. Mereka kalah kepada pasukan yang lebih hebat, jadi tahniah FC Seoul.

“Ini adalah proses pembelajaran buat Kedah yang kali pertama beraksi di pentas seperti ACL ini,” jelas Aidil Sharin lagi dalam sidang media sejurus selepas perlawanan tersebut berakhir.

“Pemain-pemain saya sangat menikmati perlawanan sebelum ini dan juga perlawanan pada malam ini. Sudah semestinya saya mahu mereka membaiki prestasi dan belajar daripada perlawanan sebegini. Bukan mudah untuk kami bermain dengan 10 orang selepas 30 minit beraksi.

“Sebelum penalti itu, mereka telah berjaya mengekang FC Seoul,” ujar pengendali berusia 42 tahun itu lagi sambil menegaskan para pemainnya akan bangkit untuk menjadi lebih baik selepas ini.

Dengan penyingkiran Kedah, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal Malaysia dalam saingan peringkat kumpulan ACL 2020 yang dijangkakan akan menyingkap tirainya pada Mac depan.

Kredit Foto: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN