Aidil Sharin: Banyak Aspek Lain Perlu Dinilai Dalam Pra-Musim, Bukan Keputusan Sahaja

Aidil Sharin Kipre Tchetche Kedah 2020 Latihan

Lebih kurang sebulan Kedah telah menjalani latihan pra-musim di Stadium Sultan Abdul Halim dan beberapa aksi pemanas badan dalaman sudah dilalui. Namun, bagi sesetengah penyokong, ada yang mempersoalkan mengenai pasukan yang ditentang Kedah.

Bagi sesetengah penyokong, ada yang mempersoalkan lawan yang akan ditentang dengan mengatakan kenapa tidak mencari lawan yang lebih kuat kerana Kedah akan melalui pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 bermula pada 21 Januari depan.

Dua aksi pemanas badan telah dilalui iaitu menentang skuad B-21 Kedah dan Tambun Tulang FC dengan kedua-duanya dimenangi oleh Kedah. Selepas ini, Kedah akan turun menentang Perak B-21 sebelum berkunjung ke Kota Bharu untuk bertemu Kelantan.

Selepas aksi menentang Kelantan, Helang Merah akan memulakan siri Jelajah Pra-Musim 2020 ke Kemboja dengan empat perlawanan persahabatan sudah diatur iaitu menentang naib juara C-League Visakha FC, Boeung Ket FC, Angkor Tiger dan Phnom Penh Crown.

Menurut Aidil Sharin yang dihubungi Semuanya BOLA, lawan dan keputusan bukanlah perkara utama yang dicari olehnya namun, terdapat aspek yang perlu dinilainya melalui perlawanan sebegini.

“Keputusan bukan perkara utama untuk kita, tetapi persefahaman antara pemain lama dan baharu yang kita mahu lihat ketika ini.

“Dalam dua aksi menentang skuad B-21 dan Tambun Tulang, kita telah mencuba para pemain di beberapa posisi untuk membentuk ‘lapisan kedua’ sekiranya berlaku kecederaan pemain dan juga penggantungan dalam saingan liga nanti,” jelasnya.

Pada musim 2019, Kedah menghadapi masalah besar setiap kali terdapat penggantungan atau kecederaan pemain sepertimana ketika tanpa Renan Alves, Fernando Rodriguez dan sebagainya.

Begitupun, Aidil Sharin menjelaskan yang adalah terlalu awal untuk menyatakan Kedah sudah memiliki skuad yang lengkap kali ini.

“Terlampau awal untuk katakannya,” ujarnya sambil menegaskan pemain perlu bersaing dan bekerja keras untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama serta berpuas hati dengan komitmen yang telah dipamerkan oleh para pemain Kedah setakat ini.

“Saya belum fokus kepada posisi pemain kerana kita masih di peringkat awal pra-musim. Ia adalah masa untuk para jurulatih membuat sesi kecergasan dan pergerakan bola,” tambahnya lagi.

Aidil Sharin turut memaklumkan yang ketika ini semua pemain di kem Kedah cergas 100 peratus kecuali pertahanan kiri, Azmeer Yusof yang masih menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan.

Kredit Foto: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN