Aidil Dedikasikan Kejuaraan Piala FA Untuk Penyokong Lang Merah

“Bukan senang kerana kita tahu Perak satu pasukan yang kuat,” itu antara ungkapan Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak selepas menyaksikan anak buahnya dinobatkan selaku juara Piala FA Malaysia 2019 setelah menewaskan Perak 1-0 di perlawanan akhir.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, dan disaksikan tidak kurang 80,000 penyokong kedua-dua pasukan, jaringan tunggal Fadzrul Danel di masa tambahan.

Menurut Aidil lagi kemenangan itu ditujukan khas untuk penyokong Kedah, dan ia pasti menjadi kejuaraan yang sangat bermakna buat penyokong Lang Merah.

“Alhamdulillah kami menang Piala FA, bukan senang kerana kita tahu Perak satu pasukan yang kuat. Mereka dibarisi ramai pemain berpengalaman,” kata Aidil.

“Paling penting rezeki memihak kepada kami selepas pemain bermain bermati-matian. Tahniah kepada semua pemain kerana berjaya mendapatkan Piala FA.”

Kejayaan menjulang Piala FA musim ini bermakna Kedah kini berkongsi kedudukan dengan Selangor selaku pasukan paling banyak menjulang trofi tersebut.

Ini merupakan kejuaraan ke-5 Piala FA buat Kedah dari enam penampilan di perlawanan akhir sepanjang sejarah 30 tahun pertandingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN