Aiden McGeady Dedahkan Kisah ‘Seram Sejuk’ Beliau Bertemu Ultras Spartak Moscow

Aiden McGeady merupakan beberapa pemain Ireland yang beraksi di luar kepulauan British.

Sudahlah beraksi di luar, di Rusia pula tu!

Beliau yang terkenal dengan gerakan McGeady Spin itu membuat kejutan apabila berpindah ke Rusia untuk bermain bersama-sama Spartak Moscow.

Namun permulaan karier beliau bersama-sama kelab tersebut bermula dengan rentak yang tidak begitu baik.

Hal ini kerana ketika itu, McGeady dan kelabnya dihimpit 4 kekalahan di 4 perlawanan liga mereka meletakkan kelab mereka di tangga terbawah liga.

Di Rusia, budaya ultras cukup kuat jadi gerakan tersebut mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan kelab.

Jadi apa mereka buat? Mereka pergi berjumpa dengan para pemain Spartak Moscow.

“Pengurus kami memberitahu pasukan yang ketua ultras akan berjumpa dengan semua pemain.”

“Masa itu, saya rasakan kenapa nak buat macam tu? Apa gunanya panggil gerakan ultras untuk bercakap dengan pasukan?”

Gerakan ultras itu dihadiri dengan 6, 7 orang untuk memberikan mesej kepada para pemain Spartak Moscow.

“Ketua mereka seorang pemuda biasa, tetapi pengikut beliau semuanya dari kumpulan skinhead – badan penuh dengan tatu.”

“Ketua itu bercakap dengan sopan, tetapi selepas itu beliau meluahkan kemarahnnya.”

“Tak lama selepas itu, pengikut beliau memaki hamun para pemain dalam bahasa Rusia tetapi pemain kami semuanya orang Brazil!”

“Terpaksalah penterjemah menerangkan apa yang berlaku kepada para pemain yang tak faham tadi.”

McGeady berasa pertemuan itu cukup pelik baginya. Kerana wakil ultras itu membawa pistol bertemu mereka!

“Mereka memberikan amaran mahu pecahkan muka kami jika mereka nampak kami berseronok di kelab malam pada waktu sukar ini.”

“Mereka memaki hamun kami tak berhenti-henti. Tetapi di hujungnya mereka memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan selamat maju jaya.”

“Ultras nyata mahukan kami melakukan yang terbaik untuk pasukan dan menghargai jasa penyokong yang sentiasa ada untuk kami.”

Benarlah kata orang, bola sepak itu sepi tanpa penyokong.

Sumber:

  1. Balls (2017):”It Was Mental” – Aiden McGeady Describes Surreal Meeting With Spartak Moscow Ultras;
    https://www.balls.ie/football/aiden-mcgeady-aiden-mcgeady-spartak-moscow-ultras-370509

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN