Ahmed Musa Sudah Tak Sabar Robek Gawang Argentina

Penyerang pasukan Nigeria, Ahmed Musa bertekad untuk menjaringkan gol dalam pertemuan terakhir pasukannya menentang Argentina 26 Jun ini di Stadium St. Petersburg.

Penyerang Leicester City itu berkata, dua gol yang membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Iceland telah memberi keyakinan dan semangat buat beliau untuk terus mencipta nama sebagai penjaring pada perlawanan yang akan datang.

Nigeria’s Ahmed Musa beating Iceland goalkeeper Hannes Halldorsson to score in a World Cup

Walaupun menyedari lawan mereka selepas ini bukan mudah, beliau tetap yakin mampu melakukan sesuatu pada perlawanan tersebut.

“Lawan Argentina bukan mudah. Tetapi bagi saya, untuk mencetak gol pada perlawanan itu nanti tidak mustahil.”

“Apa pun boleh terjadi pada perlawanan itu dan mungkin juga saya mampu menghasilkan dua gol lagi.” katanya.

Mengulas tentang perlawanan yang akan datang, Musa menyifatkan ianya sebagai penentu buat kedua-dua pasukan.

“Kami semua tahu betapa pentingnya perlawanan dengan Argentina. Ia adalah perlawanan penentu hidup dan mati.”

Kemenangan keatas Iceland telah menyaksikan skuad The Super Eagle melonjak ke tangga kedua kumpulan D, dihadapan Iceland dan Argentina.

Perlawanan terakhir Argentina dan Nigeri pastinya akan menjadi tumpuan bagi menyaksikan pasukan manakah yang bakal mengikuti jejak Croatia ke peringkat 16 pasukan terbaik saingan Piala Dunia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN