Ahli Gabungan Terus Sepakat Bersama Malaysia Football League

MFL

Musim Liga Malaysia (Liga-M) 2019 bakal memberi cabaran lebih sengit buat 24 pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Bukan saja saingan di dalam padang merebut gelaran malah setiap pasukan berdepan cabaran untuk memperkemaskan tahap pengurusan dalam usaha meningkatkan kualiti liga tanah air.

Isu dan kontroversi tidak pernah lari dalam kancah bola sepak tempatan namun sikap keterbukaan Malaysia Football League (MFL) terus meyakinkan setiap pasukan untuk terus bergerak ke depan bersama badan pentadbir bola sepak tanah air itu.

Menerusi satu perjumpaan khas wakil pasukan negeri dan kelab bersama Pengerusi MFL, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim semalam, mereka mendapat gambaran lebih jelas mengenai segala isu yang dibangkitkan.

Penolong Pengurus Terengganu FC 1 Zul Fadli Rozi berkata, pertemuan itu adalah platform terbaik untuk semua pasukan yang juga pemegang taruh MFL menyuarakan segala pandangan demi kebaikan bersama.

“Saya percaya pertemuan ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan MFL dan ahli gabungan, tapi kita boleh bertanyakan sesuatu secara terus dan jawapan yang diberikan secara langsung oleh Pengerusi MFL sendiri.

“Ia memberi nafas baru kepada ahli gabungan untuk berani menyuarakan pandangan dan akhirnya akan memberi impak yang positif kepada bola sepak negara,” katanya yang hadir dalam pertemuan itu.

Beliau yang juga Exco Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, semua pasukan perlu bergerak seiring bersama MFL dan terus memberi sokongan padu kepada pembaharuan yang ingin dibawa Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail sejak dilantik Mac tahun lalu.

“Buat masa sekarang saya tak fikir ada orang lain boleh menerajui MFL dengan apa yang TMJ lakukan setakat ini, saya rasa kalau betul ada pengganti beliau, ia memerlukan KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) cukup tinggi, kami dari Terengganu yakin dengan kewibawaan TMJ.

“Kita tahu mungkin ada lagi kelemahan dalam liga kita tapi kita perlu memperbaiki bersama-sama dan ia memerlukan masa,” jelasnya.

Liga-M setakat ini memperlihatkan perkembangan positif dari segi kelancaran perlawanan liga, peningkatan hak penajaan serta jumlah tayangan siaran langsung menerusi medium baru dalam talian.

Artikel & foto oleh: MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN