Ahli Gabungan Mungkin Akan Heret KLFA Ke FIFA

Kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) kini memasuki episod baharu apabila salah satu daripada ahli gabungan bercadang untuk membawa kes pemecatan mereka ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Semalam, media tempatan melaporkan 9 ahli gabungan KLFA telah disingkirkan kerana sengaja menimbulkan masalah sehingga mengakibatkan kongres pemilihan sehingga tertangguh sejak Disember tahun lepas.

Menurut kenyataan daripada Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan keputusan itu diambil selepas Jawatankuasa Siasatan mendapati sembilan ahli gabungan tersebut telah melanggar statut persatuan yang tidak mengikut saluran betul untuk menyuarakan aduan atau isu berbangkit.

Difahamkan sembilan ahli gabungan itu ialah Kelab bola sepak Sime Darby, VI Institution, Bukit Bandaraya, Bank Rakyat, Kelab bola Depak Putrajaya, Petaling Putra, FELCRA, UNIKL dan Subadron Akademi.

Bagaimanapun, Presiden Kelab Petaling Putera yang juga bekas pemain Kuala Lumpur, Datuk Ramlan Askolani menafikan mereka telah melanggar statut KLFA tetapi hanya menuruti peruntukan yang dikeluarkan Persuruhjaya Sukan (PJS) sebagai badan sukan tertinggi di negara ini dan mendapat sokongan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kami akan bawa perkara ini ke pihak berkaitan termasuk tindakan undang-undang dan pengetahuan FIFA selain tetap lawan bagi memastikan nasib ahli gabungan yang disingkirkan mendapat pembelaan sewajarnya.

“Tindakan yang kami lakukan ini hanyalah mahu melihat pasukan Kuala Lumpur kembali kuat seperti dahulu dan bukannya menghuni tangga tercorot seperti yang berlaku sekarang ini,” katanya kepada Harian Metro.

Antara ahli gabungan yang telah hadir di Mesyuarat Agung Ke-31 Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. FOTO: KL Hawks

Tahun lepas, KLFA berdepan kemelut pencalonan bagi merebut jawatan menyebabkan Kongres ke-31 persatuan itu terpaksa ditangguhkan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Presiden KLFA mendesak kongres itu ditangguhkan buat seketika memandangkan ia mengandungi banyak unsur meragukan.

Malah, Rashid juga mahu membawa kes itu kepada Jawatankuasa Integriti FAM selepas mendakwa memiliki bukti kukuh unsur paksaan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KLFA bagi penggal 2018-2022.

Beliau juga terkejut apabila pencalonan yang diterimanya hanya 12 berbanding 16 pada peringkat awal dan bukti kukuh adalah berdasarkan salinan borang pencalonan semua ahli gabungan yang menyokongnya.

Feature image credit: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN