Ahli Perniagaan, Datuk Ahmad Amizal Jadi Presiden Baharu PFA

Datuk Ahmad Amizal telah terpilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak (PFA) yang baharu.

Semalam PFA telah mengadakan Kongres Luar Biasa dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif mereka.

Kepimpinan baru bagi menggaalas tugas untuk penggal 2018-2021.

Tumpuan pastinya terarah kepada jawatan Presiden yang dimenangi oleh Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie.

Sebagai rekod, Datuk Ahmad Amizal merupakan seorang ahli perniagaan yang aktif membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi.

Beliau sudah 10 tahu terlibat dalam bola sepak akar umbi dengan projek yang digelar Projek Pembangunan Bola Sepak Qhaleefa (QFDP).

Selain itu beliau merupakan Presiden kepada Kelab Bola Sepak Qhaleefa (Qhaleefa FC) dan Kelab Bola Sepak Qhaleefa MIB (Qhaleefa MIB FC).

Ini adalah julung kalinya jawatan Presiden PFA tidak disandang oleh ahli politik.

Datuk Ahamd Amizal akan mempengerusikan mesyuarat Exco PFA yang pertama di bawak kendalian beliau pada Rabu ini.

Ianya akan membincangkan isu yang melanda PFA ketika ini termasuk bebanan hutang persatuan.

Kelmarin, Menteri Besar Perlis mengumumkan yang hutang PFA adalah sekitar RM460,000 dan meminta PFA mencari penyelesaian untuknya.

Mereka juga akan mencari tarikh sesuai untuk bertemu dengan kesemua pemain Perlis termasuk pemain belia dan presiden.

Bercakap kepada wartawan semalam, Datuk Amizal memberitahu yang Perlis sudah memulakan persediaan untuk menghadapi kempen Liga M pada musim hadapan. Beliau memberitahu persiapan itu kini sudah 40%

Berikut adalah senarai penuh mereka yang berjaya terpilih menjawat jawatan masing-masing.

Selamat maju jaya kepada barisan kepimpinan PFA yang baharu dalam usaha mengembalikan semula nama Perlis ke liga utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN