Aguero Wira Kebangkitan Man. City Ke Atas Swansea, Pundit Tanya ‘Di Mana VAR?’

Di mana VAR? Itulah persoalan yang diluahkan oleh penyokong Swansea City. Ini kerana musim ini beberapa perlawanan Piala FA dan Piala Carabao menggunakan VAR. Jadi mengapa perlawanan suku akhir di antara Swansea dan Man. City tiada?

Swansea City memberikan Man. City debaran dalam usaha mereka mahu mencipta quadruple. Guardiola serius mahukan Piala FA dengan menurunkan kesebelasan yang kuat walaupun ada beberapa pertukaran

Swansea mendahului 2 gol pada separuh masa pertama. Namun Aguero menjadi wira City dengan kebangkitan 3 gol pada separuh masa kedua.

Pemain yang mendapat pujian daripada Pep Guardiola iaitu Bernardo Silva telah memulakan api kebangkitan Man. City dengan gol pertama pada minit ke-69.

Tidak lama selepas itu, Man. City mendapat penalti yang menyaksikan Sterling terjatuh dengan sentuhan yang sangat minimal daripada from Cameron Carter-Vickers – yang mendakwa beliau memenangi bola.

Namun tiada VAR untuk perlawanan ini. Aguero melakukan sepakan penalti yang melantun terkena penjaga gol Swansea City.

Gol kemenangan Man. City lebih kontroversi apabila Aguero berada di dalam kedudukan ofsaid – ketika menerima hantaran Bernardo Silva.

Ketua Editor Daily Mirror – John Cross – turut mempersoalkan kenapa VAR ada digunakan dalam beberapa perlawanan awal dan tidak pada fasa-fasa akhir kompetisi.

Pundit BT Sport, John Hartson bengang dengan 2 gol yang terhasil daripada keadaan kontroversi seperto itu.

Hartson berkata: “Sterling ‘membeli’ penalti itu. Bagi saya Carter-Vickers pergi ke arah bola dan itu bukan penalti. Saya pun tak tahu kenapa pengadil membuat keputusan sedemikian rupa. Jelas ia bukan penalti. Gol itu adalah pengubah perlawanan.”

“Sudah tentu keadaan ini perlu diperbaiki. Kenapa perlawanan Man. United dan Wolves ada [VAR] tetapi tidak di Stadium Liberty? Ini suku akhir. Mengapa? Mengapa? Perlawanan Man. United dan Wolves tidak lebih besar daripada perlawanan ini – ianya sama taraf.”

“Saya merumuskan, Sterling melakukan simulasi untuk penalti Aguero. Pengadil membuatkan pemain-pemain Swansea kecewa.”

https://twitter.com/LfcOkk/status/1106994552748081158

https://twitter.com/Callum_Fyvie24/status/1106993753963855872

“Dan kita tak faham, kenapa kalau perlawanan sesama pasukan EPL di suku akhir ada VAR. Adakah mereka pilih kasih kepada perlawanan antara pasukan EPL sahaja?”

Sebenarnya, menurut pundit Martyn Zigler, Stadium yang digunakan untuk perlawanan Swansea dan Man. City itu ada kelengkapan VAR. Namun FA England tidak mahu menggunakannya.

Ini kerana FA England mahu konsisten hanya perlawanan di stadium-stadium terpilih di England sahaja – dan VAR yang dibekalkan oleh FA sahaja yang boleh menggunakan VAR.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN