Penyerang utama Manchester City, Sergio Aguero percaya beliau berada dalam keadaan yang sangat hebat selepas menjalani pembedahan lutut pada bulan April yang lalu.
Berikutan masalah kecederaan yang dialaminya, pemain antarabangsa Argentina itu terlepas aksi di penghujung saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu yang menyaksikan The Cityzens gah menjuarai liga tersebut.
Aguero memulakan musim ini dengan baik selepas mencipta hatrik pada perlawanan kedua liga bertemu Huddersfield Town di Stadium Etihad.
Mengulas mengenai perkembangan terkininya, Aguero gembira dengan keadaan beliau selepas pembedahan yang dihadapinya.
”Sejujurnya, saya merasakan cukup hebat. Dr (Ramon) Cugat menjalankan tugas dengan luar biasa terhadap lutut saya dan sekarang saya tidak merasakan apa-apa rasa tidak selesa.”
”Sepanjang beberapa tahun yang lalu, ada ketika saya berasa sakit dan ketika musim lalu semakin menghampiri penghujung, kami memilih untuk melakukan yang terbaik bagi memulakan rawatan. Dan hasilnya sangat positif.”
”Saya tidak pasti jika ini merupakan permulaan musim yang terbaik buat saya, tetapi ia adalah yang terbaik dapat saya rasakan dalam beberapa tahun ini.”
”Ia dibuktikan dalam permainan saya. Cabaran sekarang adalah untuk mengekalkan di tahap ini dan tidak akan berhenti bekerja untuk mengekalkannya.”