Aguero Dan Firmino Terlepas Daripada Hukuman Disiplin

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan penyerang Liverpool FC, Roberto Firmino tidak akan berdepan hukuman daripada Persatuan Bolasepak England (FA) kerana kelakukan mereka ketika perlawanan Piala FA.

Aguero terlibat dalam pergaduhan dengan penyokong Wigan selepas kekalahan mengejut pendahulu Liga Perdana Inggeris itu dalam saingan Piala FA.

Beliau dikatakan terbabit dalam tindakan fizikal dengan penyokong Wigan ketika ratusan peminat masuk ke padang selepas Wigan cipta kemenangan 1-0 pada pusingan kelima Piala FA.

Rakaman televisyen menunjukkan kekecohan di Stadium DW dengan Aguero mengangkat tangannya bagi menolak penyokong yang akhirnya terpaksa ditahan.

Difahamkan Aguero mendakwa dia diludah. Pemain Argentina itu tidak akan dikenakan tindakan disiplin oleh FA berikutan insiden terbabit walaupun penjaring dengan rekod terbanyak City itu ‘diberi peringatan mengenai tanggungjawabnya.’

Bagaimanapun badan induk itu mengesahkan pihaknya mendakwa City serta Wigan kerana gagal mengawal pemain mereka selepas Fabian Delph dibuang padang pada babak pertama.

“Wigan Athletic dan Manchester City masing-masing didakwa kerana gagal mengawal pemain mereka selepas Fabian Delph dibuang padang malam semalam pada saingan pusingan kelima Piala FA Emirates.

“Kelab berkenaan diberikan masa sehingga jam 6 petang, Jumaat 23 Februari 2018 untuk membalas,” kata kenyataan FA.

Sementara itu, Firmino dituduh menggunakan bahasa kesat ke atas pemain Everton, Mason Holgate dalam aksi Piala FA bulan januari lepas.

Badan induk bola sepak Inggeris itu berkata, bukti tidak mencukupi bagi mendakwa pemain Brazil berkenaan selepas terlibat dalam pertengkaran dengan Holgate semasa aksi pusingan ketiga Piala FA.

Sewaktu insiden tersebut, Holgate dilihat menolak Firmino, 26 tahun pada minit ke-40 dan kemudian pemain Liverpool itu memberikan reaksi secara verbal kepada pertahanan Everton berkenaan.

“Berdasarkan siasatan terperinci ke atas situasi tersebut seperti tuduhan dilemparkan ke atas pemain Liverpool, Roberto Firmino oleh pemain Everton, Mason Holgate maka pihak FA dapat mengesahkan tiada tindakan disiplin akan dikenakan ke atas Firmino,” kata kenyataan daripada FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN