Aguero Antara Senjata Ampuh Sri Pahang Untuk ‘Usik’ Penang

Bintang naturalisasi Sri Pahang iaitu Sergio Aguero dijangka bakal menjadi antara tunjang penting buat pasukan tersebut hari ini untuk menghadapi cabaran daripada Penang dalam saingan Liga Super 2024/2025.

Sri Pahang yang tampil serba tidak menjadi pada awal saingan musim ini antara pasukan yang menerima kritikan keras daripada para penyokong ekoran kualiti permainan ditampilkan juga sedikit hambar.

Malah, pasukan tersebut juga tidak melakukan sebarang rombakan pada jendela perpindahan kedua musim ini yang menyaksikan Fandi Ahmad hanya tidak memiliki banyak pilihan untuk mencipta perubahan lebih positif.

Sudah tentu penekanan utama yang diperlukan Fandi kini untuk memperbaiki kembali taktikal serta formasi pasukan supaya tampil lebih ampuh berbanding sebelumnya.

Antara cabaran besar beliau kini terarah kepada posisi serangan yang dianggap tidak konsisten walaupun pengendali itu memiliki beberapa pemain cukup berkualiti.

Apatah lagi lawan mereka pada hari ini antara pasukan yang memiliki struktur pertahanan cukup menyakinkan pada saingan musim 2024/2025.

Sudah tentu Fandi sendiri mengharapkan barisan pemain serangan seperti Aguero, Manuel Hidalgo, Kpah Sherman serta Mykola Ahapov mampu berfungsi dengan baik serta menyudahkan setiap peluang terhidang.

Terutama sekali kualiti Aguero sudah tentu ditagih penuh jurulatih tersebut menerusi kualiti serta pengalaman beliau untuk cuba mengatasi Penang.

Walaupun statistik peribadi beliau pada musim ini sedikit kurang menyakinkan daripada segi sumbangan ke arah gol, pengalaman dan kreativiti beliau sentiasa tampil begitu menyakinkan.

Setakat ini Fandi sudah pun meletakkan Aguero selaku pemain tengah sebanyak dua kali, tengah menyerang tiga kali, serta selaku sayap kiri pada aksi berdepan Sabah menerusi statistik dikeluarkan oleh Transfermarkt.

Posisi utama beliau paling menyakinkan sudah tentu selaku pemain tengah menyerang kerana beliau boleh bertindak dengan cukup baik untuk mengatur serangan serta menjadi watak tambahan selaku peledak gol.

Keupayaan Aguero untuk mencipta kombinasi serangan bersama Kpah serta Hidalgo dijangka bakal menjadi pertaruhan penting buat Fandi pada aksi hari ini untuk menghadapi Penang.

Apapun, ianya terserah sendiri kepada Fandi untuk meletakkan Aguero atau menjadikan beliau selaku pemain simpanan bagi dibawa turun pada babak separuh masa kedua demi menggempur kubu pertahanan lawan.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN