Agen & Bapa Morata Jumpa Real Madrid, Mahu Perpindahan Ke Man United Disegerakan

Adakah Alvaro Morata akan ke Manchester United?

Dikala semua yang berkaitan dengan Manchester United mula yakin pemain itu akan ke Old Trafford, secara tiba-tiba perkara ini lenyap.

Kini, ia bangkit semula.

Kali ini, agen dan bapa Morata sendiri telah bertemu dengan pihak Real Madrid untuk menyelesaikan perpindahan penyerang tersebut.

Agen Juanma Lopez dan bapa Alfonso Morata telah berjumpa dengan pihak Real Madrid bagi mendapatkan kata sepakat mengenai yuran perpindahan pemain itu.

Menurut laporan di Sepanyol, Real Madrid mahukan sekurang-kurangnya £75 juta dan jumlah itu tidak mampu ditunaikan oleh Manchester United.

Mereka mahukan perpindahan ini diselesaikan sebelum Real Madrid mengadakan sesi jelajah pra-musim ke Los Angeles.

Akan tetapi, Real Madrid seperti tidak mahu melepaskan pemain itu ke England walaupun Morata secara jelas mahukan perpindahan ke Old Trafford.

Buktinya, Morata sanggup memendekkan cuti bulan madu bersama isteri beliau untuk memastikan urusan tersebut dapat diselesaikan.

Sehingga kini, Manchester United kekal optimis dengan situasi ini dengan mengharapkan keputusan memihak mereka.

Sekali lagi kami tanya, adakah Alvaro Morata akan ke Manchester United? Sama-sama kita nantikan.

Sumber:

  1. Telegraph (2017): Alvaro Morata’s agent and father hold urgent face-to-face Real Madrid talks to push through Manchester United move; http://www.telegraph.co.uk/football/2017/07/03/alvaro-moratas-agent-father-hold-urgent-face-to-face-real-madrid/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN