AFF Suzuki 2014: 5 Sebab Mengapa Malaysia Tumbang

It’s not about how you start, it’s about how you end it.

Malaysia bermula dengan baik tetapi mengakhiri perlawanan dengan buruk. Pemain pertahanan Malaysia tiada sebab untuk berasa bangga dengan persembahan mereka malam semalam meskipun Dollah Salleh berkata:

We are not finished yet. I think we did superb today. I’m really proud of the boys.

Kami tuliskan 5 sebab mengapa Malaysia kalah kepada Thailand yang menurunkan kesebelasan utama yang purata umurnya baru 22 tahun.

1. Keserasian Afif Amiruddin dengan pemain pertahanan lain adalah seperti keserasian Zaquan Adha dengan Rita Rudaini. Hampir tiada.

Kami faham skuad negara mempunyai masa yang terhad untuk membentuk keserasian yang perlu mengambil masa berbulan-bulan bermain bersama, tetapi kami merasakan Dollah mensia-siakan peluang ketika perlawanan persahabatan menentang Syria dan Vietnam untuk menguji keserasian pertahanan tengahnya apabila memilih untuk menguji pasangan Muslim Ahmad-Fadhli Shas dan Shukor Adan-Fadhli Shas sahaja.

Dalam perlawanan ini Afif nampak kekok ketika diserang. Diantara Mahali Jasuli, Afif Amiruddin , Fadhli Shas dan Zubir Azmi – tidak jelas siapa sebenarnya yang menjadi leader at the back.

Jika diperhatikan semasa build-up gol pertama Thailand, jelas terdapat kurangnya kesefahaman antara Afif dengan Zubir.

mas1

mas2

mas3

mas4


2. Advance positioning fullback Mahali Jasuli dan Zubir Azmi banyak memberi masalah kepada pertahanan negara.

Strategi menyerang Thailand adalah dengan overloading (menyesakkan) kawasan sayap Malaysia. Walaupun bermain di tengah, pemain kacukan Swiss-Thai, Charyl Chappuis sering bergabung dengan dua pemain sayap Thailand (move off the channel) untuk mencipta situasi 2v1 di kawasan sayap mereka.

Apabila Thailand menyerang di kawasan sayap, Mahali dan Zubir perlu menghadkan larian ofensif mereka kerana Thailand nampak berbahaya di sayap setiap kali mereka membuat counter-attack.

Lihat dimana Mahali Jasuli berada semasa build up gol pertama Thailand.

mas5

Lihat pula dimana Zubir Azmi berada semasa build up gol ketiga Thailand.

mas6


3. Shukor Adan tidak menjalankan tugasnya.

Kami tidak tahu apa fungsi Shukor Adan dalam perlawanan ini. Bermain dalam formasi 4-4-2, midfield perlu rajin semasa menyerang dan juga bertahan. Siapa yang buat kerja menghubungkan defence dengan attacking unit? Safiq Rahim. Siapa yang membantu serangan sehingga assist 1 gol dan menjaringkan 1 gol? Safiq Rahim juga.

Melindungi Fadhli dan Afif? NOPE! Safiq Rahim yang buat…

mas7

mas8

Membantu serangan? NOPE! Pun Safiq Rahim yang buat juga…

mas9

Apa yang Shukor Adan buat hanyalah membuat foul dan mengutip kad kuning. Kami berpendapat sudah sampai masanya Shukor digantikan dengan Gary Steven Robbat semasa menentang Singapura nanti.


4. Pasangan penyerang yang tumpul dan berkarat

Tidak dapat dinafikan Safee Sali nampak berkarat setelah lama tidak bermain perlawanan kompetitif akibat kecederaan dan Norshahrul Idlan Talaha kelihatan sedang mengalami krisis keyakinan.

safee

5. Dollah Salleh tidak menggunakan substitution dengan baik

Sumber: AFF Suzuki Official Website
Sumber: AFF Suzuki Official Website

Dua kali kita mendahului Thailand, Dollah berpeluang untuk membuat pertukaran taktikal untuk menguatkan barisan pertahanan.

Menguatkan barisan pertahanan tak bermaksud memarkir bas di hadapan Khairul Fahmi Che Mat. Ia boleh bermaksud, mengorbankan salah seorang penyerang (kedua-duanya tidak efektif) dan membawa seorang midfield tengah tambahan untuk memastikan situasi 3v2 tidak berlaku ditengah padang memandangkan Malaysia bermain dalam formasi 4-4-2.

Malaysia vs Thailand - Football tactics and formations

Selain itu Dollah juga boleh menggantikan defensive midfield yang sudah dilayangkan kad kuning kerana pemain defensif yang mempunyai kad kuning adalah seperti – memiliki jaket musim sejuk di Malaysia. It’s less than useless. Hafiz Kamal perlu dimasukkan lebih awal, bukannya ketika kita sedang ketinggalan 1 gol.


Kesimpulan

Berdasarkan tempoh singkat yang Dollah Salleh ada untuk mempersiapkan pasukannya, kami merasakan pasukan kebangsaan boleh meningkatkan tahap persembahan mereka dengan syarat Shukor Adan mestilah digugurkan dan digantikan dengan pemain lain yang lebih muda. Persefahaman antara Afif dan pemain pertahanan yang lain boleh terbina apabila mereka lebih banyak bermain bersama-sama. Dan apa yang diperlukan oleh Norshahrul Idlan Talaha untuk menjadi penyerang berbisa kembali adalah satu gol. Satu gol untuk mengembalikan keyakinannya.

Sumber info: Becks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN