AFF Nafi Pemain Bawah-15 Timor Leste Lebih Umur

Kejohanan AFF Bawah-15 2019 digegarkan dengan isu penipuan usia pemain apabila Myanmar mendakwa kapten skuad Timor Leste, Paulo Freitas sebenarnya berusia 7 tahun lebih dewasa dari usia sebenarnya,

Susulan dakwaan tersebut, satu bantahan telah dihantar oleh Maynmar kepada Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF), dan badan induk serantau itu telah memberikan keputusan berkenaan kes tersebut.

Selepas siasatan dilakukan, AFF menafikan bahawa pemain yang dimaksudkan melanggar peraturan pertandingan kerana lebih usia. Selain Myanmar, Singapura turut bertindak melakukan aduan rasmi kepada AFF.

Melalui satu kenyataan, AFF berkata dakwaan dari Myanmar dan Singapura itu tidak mempunyai asas dan bukti.

“Pemain tersebut, Paulo D. G. Da C. Freitas [Jersi No.10] dari Timor Leste mematuhi syarat untuk bertanding di Kejohanan AFF B-15 2019 berdasarkan kandungan peraturan pada Artikel 5.1 Kejohanan AFF B-15.

“Keputusan ini dibuat selepas siasatan menyeluruh diadakan, berdasarkan evaluasi pada dokumen dan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan,” ujar kenyataan tersebut.

Timor Leste bagaimanapun sudah tersingkir dari kejohanan selepas tewas 1-0 kepada Vietnam semalam. Vietnam mengiringi Indonesia dari Kumpulan A untuk ke separuh akhir kejohanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN