AFF B-22: Malaysia Wajib Menang Ke Atas Indonesia Hari Ini

Ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, memberi jaminan skuad negara akan tampil dengan taktikal menyerang ketika berdepan Indonesia dalam saingan Kumpulan B, Kejohanan AFF di Kemboja, petang ini.

Kim Swee mengesahkan khidmat penyerang Pahang, R. Kogileswaran tidak dapat digunakan manakala bintang tengah dari Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat kembali memperkuatkan pasukan.

“Tiada banyak perubahan. Satu kekalahan tidak bermakna kami perlu menukar sistem sedia ada.

“Kami perlu membaik pulih kesukaran yang dihadapi ketika menentang Kemboja sebelum ini,” katanya dalam Stadium Astro.

Kesebelasan utama skuad Malaysia B-22 ketika menentang Kemboja. FOTO: FAM

Malaysia kian terdesak untuk memburu mata dalam kejohanan ini selepas dikejutan dengan kekalahan 0-1 di tangan pasukan tuan rumah itu kelmarin.

Gara-gara itu, kemenangan amat diperlukan dalam pertemuan menentang skuad garuda muda untuk menghidupkan peluang beraksi di peringkat separuh akhir.

“Kami memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir. Saya tidak berasakan kami perlu bertahan dalam perlawanan ini. Kami memerlukan jaringan untuk meraih kemenangan.

“Tiada perancangan untuk kami tampil bertahan memandangkan sistem permainan kami sebelum ini juga bukan bersifat bertahan,” tambahnya.

Sementara itu, pengendali Indonesia, Indra Sjafri, memberi bayangan aksi terbuka akan menjadi latar belakang kepada pertembungan pasukannya dengan Malaysia.

Ia susulan kemahuan Indonesia untuk layak ke separuh akhir selepas diikat Myanmar 1-1 dalam aksi pembukaan.

“Saya menyedari Malaysia sentiasa menjadi lawan yang sukar buat kami.

“Kami tidak akan bertahan kerana kami perlu memenangi perlawanan ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN