Quantcast

BERITA

AFF B-22: Malaysia Menang Tetapi Tak Layak Ke Separuh Akhir

Skuad Malaysia bawah 22 tahun (B-22) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan AFF B-22 meskipun jaringan tunggal daripada Hadi Fayyadh memastikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mengutip 3 mata penuh selepas menewaskan Myanmar 1-0 sebentar tadi.

Hal ini kerana Indonesia berjaya mengesahkan tempat di separuh akhir dengan berbekalkan 5 mata selepas menewaskan pendahulu kumpulan B, Kemboja, 2-0 hasil jaringan daripada Marinus.

2019 AFF U-22 LG CUP | Friday, 22 February 2019Starting XIMALAYSIA vs MYANMARRSN Stadium, Phnom Penh(6.30pm CAM |…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, February 22, 2019

Dalam perlawanan menentang Myanmar, benteng pertahanan Malaysia terlebih dahulu diuji melalui sepakan percuma namun rembatan pemain lawan tersasar dari gawang gol yang dikawal oleh Haziq Naqli.

Haziq Naqli sekali lagi diuji dengan satu percubaan jarak jauh oleh Hein Htet dan mujur tertampan untuk sepakan penjuru pada minit ke 10.

Tersentak dengan serangan Myanmar, jentera tengah Malaysia yang dikawal oleh Nik Akif Syahiran kembali mengatur serangan pada minit ke 14 namun rembatan Nik Akif melambung tinggi.

Pada minit ke 22, Malaysia memperolehi peluang keemasan untuk mendapatkan gol pembukaan melalui Jafri Firdaus Chew hasil hantaran cantik daripada Dominic Tan Jing Jung namun tandukan Jafri tersasar.

Beberapa percubaan berbahaya melalui rangkaian serangan Malaysia terus menguji benteng pertahanan Myanmar tetapi gol yang dicari tidak kunjung tiba.

20 minit kemudian, kem Malaysia kembali ceria apabila Hadi Fayyadh memanfaatkan hantaran sebelah kiri daripada Nabil Hakim lalu menjaringkan gol pertama untuk negara.

Keputusan kekal 1-0 hingga tamat perlawanan. Walaubagaimanapun ia masih belum cukup untuk memastikan skuad negara mara ke peringkat separuh akhir kerana Indonesia sudah pun menambah satu lagi gol pada separuh masa kedua.

Kesimpulannya, prestasi yang ditunjukkan oleh ‘skuad kedua’ ini memberi gambaran kepada Datuk Ong Kim Swee mengenai barisan pemain yang akan dibawa ke kelayakan AFC B-23 pada bulan depan.