AFF B-22: Indonesia Juara Selepas Atasi Cabaran Thailand

Tamat sudah kejohanan Piala AFF B-22 yang menyaksikan Indonesia ataupun Garuda Muda menjuarai pertandingan tersebut. Indonesia menang 2-1 ke atas Thailand dalam aksi final.

Walaubagaimanapun, Thailand terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Saringkan Promsupa. Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Indra Sjafri terus memberikan respon untuk mencari gol penyamaan.

Namun tidak lama selepas itu, Sani Rizki berjaya menyamakan kedudukan. Pada minit ke-63, Osvado Hay melengkapkan kebangkitan Garuda muda menerusi jaringan kedua yang juga merupakan jaringan kejuaraan untuk Indonesia.

Pengendali Thailand, Alexandre Gama menyatakan beliau berpuas hati dengan pencapaian anak-anak buahnya yang mara sehingga ke final. Ini kerana menurut Gama, beliau gagal mendapatkan beberapa pemain utama untuk kejohanan kali ini.

Beliau berkata: “Kami memberikan saingan sengit namun kemenangan berpihak kepada Indonesia yang berjaya bangkit mencetak 2 gol selepas kami mendahului.”

“Saya gembira dengan pencapaian kami terutama sekali kempen kami kali ini. Kami membawa pasukan yang sangat muda dan kami tidak berlatih lama. Secara keseluruhannya anak-anak buah saya beraksi sangat baik.”

“Kami memang tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam kejohanan kali ini, namun kami berjaya juga sampai ke final.”

Pengendali Indonesia, Indra Sjafri gembira dengan kejayaan ini. Dan beliau berharap ianya akan menjadi motivasi terbaik para pemainnya dalam menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN