AFF B-19: Selaku Finalis 4 Edisi Berturut-Turut, Malaysia Masih Pilihan Utama Rangkul Kejuaraan

Hassan Sazali Malaysia AFF B-19

Aksi final Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun (B-19) yang mempertemukan Malaysia dan Laos pastinya menarik untuk disaksikan selepas kedua-dua pasukan ini sudah pun bertembung di peringkat kumpulan.

Dalam perlawanan untuk menentukan juara Kumpulan B itu, pasukan kendalian Hassan Sazali Waras tewas tipis 1-0.

Ia bukanlah keputusan yang diharapkan, malah kebanyakan pihak mula meragui kemampuan skuad Harimau Muda untuk menjuarai kejohanan buat kali kedua.

Laos pula lebih mencuri tumpuan. Selaku pasukan yang dianggap ‘kerdil’ di rantau ini, mereka bukan sahaja berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku pendahulu.

Malah skuad kendalian Michael Weiss tersebut telah mempamerkan semangat luar biasa untuk mengetepikan cabaran Thailand di separuh akhir dengan kemenangan 2-0 dan sekaligus mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir buat kali pertama.

Bagaimanapun peminat bola sepak negara mungkin perlu lebih bertenang. Berdasarkan rekod, Malaysia merupakan finalis untuk empat edisi berturut-turut.

Malah ketika tewas kepada Laos tempoh hari, beberapa pemain utama direhatkan selepas skuad negara telah pun menempah tiket ke separuh akhir lebih awal.

Kejuaraan sulung Malaysia dalam kejohanan ini adalah pada edisi 2018 dengan menewaskan Myanmar 4-3 pada perlawanan akhir.

Edisi terakhir pada 2019 juga menyaksikan Malaysia berjaya menempah tiket ke final, namun dikecewakan Australia dengan kekalahan tipis 1-0.

Hassan Sazali ketika memberi komen selepas aksi menentang Vietnam jelas optimis dengan kemampuan anak buahnya dalam menerapkan aspek disiplin dan mematuhi arahan taktikal sehingga membuahkan hasil.

“Saya gembira dengan taktikal yang kita sampaikan kepada pemain, mereka melakukan dengan sepenuhnya dalam perlawanan pada malam ini,” ujarnya.

“Saya sudah melihat kekuatan pasukan Vietnam, jadi kita bermain secara bertahan dan dalam masa yang sama kita akan membuat serangan balas pantas menerusi pemain di bahagian hadapan.

“Kesilapan yang terdapat dalam pasukan kita telah perbaiki dalam masa terdekat. Dalam masa sama juga kita telah membuat analisis video daripada kesilapan-kesilapan yang kita lakukan.

“Jadi Alhamdulillah hari ini semua pemain mengurangkan segala kesilapan yang berlaku sebelum ini. Dengan semangat daripada pemain, mereka membuktikan bahawa mereka merupakan pemain yang berkualiti.”

“Keseluruhannya mereka bermain dengan bagus terutamanya disiplin yang mereka tunjukkan sepanjang 90 minit perlawanan. Jadi dengan disiplin tersebut kita berhasil dengan jumlah jaringan tiga gol.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN