AFF B-18: Mampukah Malaysia Meneruskan Magis Dan Mara Ke Final?

Sebelum membawa anak buahnya beraksi di Kejohanan AFF B-18 edisi 2017, ketua jurulatih, Bojan Hodak telah membuat pendedahan yang pastinya telah mengejutkan penyokong dan pemerhati bolasepak negara.

Majoriti skuadnya dikatakan tidak memahami dan tidak pernah didedahkan dengan taktikal asas bolasepak. Sebagai pemain yang sudah menjangkau usia 18 tahun, sememangnya isu ini sangat besar.

Bojan Hodak memberi arahan kepada para pemain B-18 negara. Foto: Facebook FAM.

Namun, suatu yang diluar jangkaan, skuad yang dikatakan serba kekurangan ini telah layak untuk beraksi di separuh akhir dan dijadualkan akan turun menentang tuan rumah, Myanmar, lewat petang ini.

Myanmar layak ke separuh akhir selepas berjaya mengatasi Vietnam 2-1 di perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Terikat dengan perbezaan jaringan dan jumlah gol, peraturan ‘head to head’ telah membantu Myanmar mendapat tiket ke separuh akhir.

Berdasarkan rekod, sejak mula kejohanan ini dipertandingkan iaitu pada tahun 2002, ini merupakan kali kelima Malaysia berada di pentas separuh akhir kejohanan daripada 14 edisi yang telah dilangsungkan.

Aksi separuh akhir pada edisi 2015 menentang Thailand. Foto: Sports247.

Edisi 2015 merupakan kali terakhir skuad Malaysia beraksi di peringkat separuh akhir, dan telah dikecewakan oleh juara untuk edisi tersebut, Thailand dengan keputusan 5-0. Thailand juga membelasah Vietnam 6-0 di pentas final.

Bintang Sukan SEA 2017 yang lalu, Akhyar Rashid sebelum kejohanan tempohari telah memasang impian untuk beraksi di pentas final. Beraksi di posisi serangan, dia telah menyumbang tiga gol peribadi dan merupakan pendahulu penjaring buat skuad negara.

Selain Akhyar yang telah membuat penampilan bersama skuad B-22 negara, skuad ini turut diperkuatkan dengan kehadiran Hadi Fayyadh, penyerang muda kelab JDT yang turut menyumbang tiga gol setakat ini.

Akhyar Rashid Foto: Asiana.my

Malaysia belum pernah lagi menjulang kejuaraan ini dengan hanya mampu bergelar naib juara dalam empat edisi iaitu pada 2003, 2005, 2006 dan 2007. Adakah skuad kendalian Bojan Hodak ini mampu melakar sejarah baharu?

Bagi penolong jurulatih, Hairuddin Omar pencapaian skuad ini setakat ini sangat mengejutkan dan membanggakan walaupun persediaan dilakukan dalam masa yang singkat, malah dikatakan majoriti tidak memahami asas taktikal.

“Mereka telah menunjukkan karakter mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan. Secara teknikalnya, pemain-pemain ini bagus tetapi kekurangan dari segi keinginan untuk memenangi perlawanan,” ujar Hairuddin kepada Goal.com.

Hairuddin Omar dan Bojan Hodak ketika mengendalikan latihan skuad B-18 negara. Foto: Facebook FAM.

Bojan juga dikatakan telah menerapkan mentaliti untuk menang kepada setiap pemain dalam usaha untuk menjana semangat melawan para pemainnya. Setakat ini, Malaysia belum pernah tewas dalam lima aksi peringkat kumpulan.

“Rentetan kemenangan yang diraih telah meningkatkan keyakinan para pemain dan kini mereka semakin yakin mampu untuk melangkah ke perlawanan akhir,” jelas Hairuddin lagi sambil menyatakan 23 pemain yang dibawa telah mempamerkan aksi terbaik setakat ini.

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas akhir adalah pada edisi 2007. Antara pemain yang membawa cabaran negara pada ketika itu adalah Fakri Saarani, Abdul Shukor Jusoh dan K. Gurusamy. Malaysia tewas 0-1 kepada Vietnam.

Selepas 10 tahun, mampukah Malaysia melangkah ke final sekali lagi dan menidakkan impian final tuan rumah, Myanmar? Setakat ini, skuad negara telah melakukan magis dengan melangkah ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A, mengatasi Thailand.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN