Malaysia B-15 akhirnya keciciran mata buat pertama kali, serta bolos buat pertama kali dalam perlawanan Piala AFF B-15 kali ini.
Malaysia menamatkan perlawanan ke-4 dengan keputusan 1-1. Ianya dianggap salah satu keputusan yang mengejutkan selepas prestasi cemerlang Malaysia dalam 3 perlawanan pertama terutama sekali kemenangan 3-0 mengatasi Australia sebelum ini.
Pengendali skuad B-15 Malaysia, P. Maniam menganggap ia perlawanan sukar kerana lawan bermain dengan tatikal bertahan.
Namun begitu, P. Maniam menganggap Malaysia masih gembira dengan keputusan seri 1-1 ini. Malaysia ketinggalan 1 gol. Namun Laos melakukan jaringan sendiri yang agak pelik dalam perlawanan ini.
Maniam berkata: “Perlawanan pada hari ini, apa yang kita boleh nampak, para pemain sangat bekerja keras. Kita cuba untuk mencipta peluang gol. Pasukan lawan menyerang balas dengan baik dan mereka mendapat gol.”
“Pada separuh masa kedua kita melakukan beberapa pertukaran, dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Tetapi tidak mudah untuk bermain berhadapan dengan lawan yang turun lebih ke bawah. Dan kita cuba bermainan permainan kombinasi, gerakan 1-2 – sangat sukar.”
Malaysia head coach P. Maniam #AFFU15 #AFFU15Championship2019 pic.twitter.com/gn4zTdyQpV
— ASEAN Football (@AFFPresse) August 3, 2019
“Sehinggalah pada minit terakhir kita menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan.”
“Dan kita di kem Malaysia B-15 masih gembira dengan keputusan ini.”