AFF B-15: Anak Buah P. Maniam Ikat Thailand Untuk Ke Separuh Akhir

Malaysia dan Thailand masing-masing mara ke separuh akhir Kejohanan AFF B-15 2019 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B semalam.

Australia pula merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Brunei, namun memerlukan sama ada Thailand atau Malaysia kalah dengan jaringan yang besar untuk layak.

Namun harapan itu tidak menjadi kenyataan, bermakna skuad The Joey terpaksa pasrah gagal mara ke peringkat seterusnya apabila sekadar menduduki kedudukan ke-3 kumpulan.

Malaysia sebelum ini memerlukan jaringan minit akhir perlawanan untuk mengikat Laos, dan kisah sama berulang, juga mempunyai penceritaan yang hampir serupa dalam perlawanan menentang Thailand.

Jikla sebelum ini gol sendiri Vongsakda Chanthaleuxay menjadi penyelamat untuk anak buah P. Maniam, kali ini gol sendiri pemain Thailand, Sittha Boonlha – juga di babak akhir perlawanan – memberikan pasukan muda negara 1 mata berharga untuk memastikan kemaraan ke separuh akhir.

Malaysia terlebih dahulu ketinggalan 1-0 selepas Pornsawan Sankla meletakkan Thailand di hadapan pada minit ke-18 perlawanan.

Malaysia mengakhiri cabaran Kumpulan B di tangga teratas Kumpulan B dengan 11 mata berkelebihan dari segi perbezaan jaringan berbanding Thailand yang turut mengumpul jumlah mata yang sama di kedudukan kedua.

Ini juga bermakna Malaysia akan berjumpa Vietnam selaku naib juara Kumpulan A di peringkat separuh akhir pada 7 Ogos hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN