AFF 2019 (W): FAM Harap Pasukan Wanita Kebangsaan Lepasi Peringkat Kumpulan

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengharapkan skuad wanita kebangsaan berupaya melepasi peringkat kumpulan pada Kejuaraan Bolasepak Wanita AFF yang bakal berlangsung di Chonburi, Thailand dari 15 hingga 27 Ogos ini.

Dato’ Haji Hamidin berkata, “Meskipun semua pasukan yang bersaing di Piala AFF kali ini boleh dikatakan hebat tetapi beliau yakin skuad kebangsaan berupaya mengejutkan mana-mana lawan untuk mara ke separuh akhir.”

“Penting untuk kita mempunyai keyakinan tinggi untuk melakar kejayaan namun ingin saya ingatkan tiada jalan mudah untuk berjaya.

“Setiap pemain perlu fokus, sentiasa optimis selain mengekalkan corak dan taktikal diterapkan jurulatih.

“Dalam pada itu Kejuaraan Bolasepak Wanita AFF ini penting sebagai daya pengukur untuk skuad kebangsaan dinilai oleh Majlis Olimpik Malaysia ke Sukan SEA Filipina 2019 November nanti,” kata Dato’ Haji Hamidin ketika sesi ramah mesra bersama skuad wanita kebangsaan di Wisma FAM, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam; Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob; exco wanita FAM, Shafizah Umamah Abdul Mutalib serta Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM, David Abela.

Skuad kebangsaan kendalian Jacob Joseph diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara tiga kali, Thailand selain Singapura, Filipina dan Timor Leste di mana dua pasukan terbaik akan layak ke separuh akhir.

Skuad kebangsaan disertai oleh 23 pemain dan lapan pegawai ini akan membuka tirai menentang Filipina pada 15 Ogos.

Tahun lalu, Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga di belakang Thailand, selaku juara kumpulan dan Australia di tangga kedua.

Australia yang mula membuat penampilan sejak lima edisi lalu mulai 2013, bagaimanapun tidak menyertai kejohanan edisi ke-12 ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN