Quantcast

BERITA

AFF 2018: Vietnam Jumpa Malaysia Di Final

Lawan Malaysia di final akhirnya diketahui iaitu Vietnam. Ini selepas pasukan bimbingan Park Hang Seo itu menyingkirkan cabaran skuad bimbingan Sven Goran Eriksson – Filipina – di separuh akhir.

Dalam perlawanan pertama di Filipina, pasukan Vietnam menang 2-1. Jadi Filipina ada tugas sukar untuk mencari 2 gol tempat lawan.

Dalam aksi kedua, Vietnam menewaskan Filipina 2-1 di My Dinh sekaligus mara dengan agregat 4-2.

Peminat Vietnam terpaksa menunggu sehingga lewat perlawanan untuk menyaksikan gol. Gol pembukaan Vietnam adalah hasil jaringan Nguyen Quang Hai pada minit ke-83.

Dan tidak lama selepas itu, Nguyen Cong Phuong menjaringkan gol kedua Vietnam pada minit ke-87.

Manakala pemain Filipina – James Younghusband menjaringkan gol saguhati sebelum wisel penamat.

Dengan kejayaan ini Vietnam akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini diikuti timbal balik di Hanoi pada 15 Disember 2018.

Dalam aksi kumpulan sebelum ini, Malaysia tunduk kepada Vietnam 2-0. Penggempur Malaysia Norshahrul selepas perlawanan itu meluahkan hasratnya untuk bertemu Vietnam di final bagi menebus kekecewaan.

Vitenam diletakkan antara pasukan pilihan selain daripada Thailand.

Vietnam dan Malaysia masing masing pernah menjuarai kejohanan ini sebanyak sekali.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!