Pemain sayap lincah, Riko Simanjuntak masuk pada separuh masa kedua untuk menjadi pengubah perlawanan ketika pasukannya Indonesia sedang bergelut dan ketinggalan di tangan Timor Leste.
Dalam sidang media selepas perlawanan – Andik Vermansyah sendiri mengakui pemain itu telah mengubah perlawanan dan nasib pasukan mereka.
https://twitter.com/BolaBanget/status/1062371525121269760
Indonesia bermandi peluh untuk tewaskan Timor Leste
Indonesia – seperti dijangka – pasukan yang yang lebih dominan ketika berhadapan dengan pasukan yang dianggap paling lemah dalam kumpulan B – Timor Leste.
Namun masalah utama Indonesia adalah ketumpulan dan juga kegagalan untuk lebih tajam di bahaguan serangan termasuk kegagalan Beto Goncalves menyempurnakan peluang keemasan di hadapan gol.
Lebih mengejutkan apabila pasukan Indonesia dikejutkan oleh gol pembukaan oleh Timor Leste pada minit ke-48 menerusi Rufino Walter Gama selepas pemain itu diberikan ruang yang besar. Rufino melakukan rembatan voli yang deras.
Indonesia hampir dibolosi lagi pada minit ke-50 selepas kesilapan penjaga gol mereka yang tertolak bola kepada pemain lawan di kawasan sendiri. Mujurlah pemain Timor Leste gagal menghukum beliau.
Riko Simanjuntak ‘the gamechanger’
Pada minit ke-56, pengendali Indonesia – Bima Sakti – memasukkan Riko Simanjutak. Pemain itu memberikan impak yang sangat besar. Beliau menggunakan kelicikan dan kepantasannya untuk mengatasi pertahanan lawan.
Simanjuntak mengumpan bola cantik kepada Evan Dimnas namun pemain tengah itu gagal menyempurnakan peluang terbaik.
Indonesia akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-60, selepas Alfath Faathier menyempurnakan hantaran Andik Vermansyah. Penjaga gol Timor Leste melakukan kesilapan penjaga gol – gagal menampan kemas percubaan yang tidaklah terlalu deras itu.
Andik Vermansyah kemudian memenangi penalti untuk pasukannya. Stefano Lilipaly menyempurnakan penalti itu.
Riko Simanjuntak yang menjadi arkitek penting kebangkitan Indonesia telah mencipta peluang gol yang disempurnaka oleh Beto Goncalves pada menit ke-82.
https://twitter.com/prasanjaya_givo/status/1062348616021364736
Timor Leste melakukan serangan lewat namun percubaan Pedro Fritas ditepis oleh Andritany. Perlawanan berakhir dengan kemenangan Indonesia mengatasi Timor Leste 3-1.
Indonesia mendapat 3 mata pertama dalam kempen kali ini selepas tewas di tangan Singapura dalam perlawanan pembukaan.
Selepas ini Indonesia akan berkunjung ke Stadium Rajamangala untuk berhadapan dengan Thailand. Manakala Timor Leste akan berhadapan dengan Filipina.