Kesilapan taktikal di babak kedua perlawanan menjadi penyebab utama pasukan kebangsaan Timor Leste kecundang keatas Indonesia pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno, kelmarin.
Timor Leste terpaksa akur dengan kekalahan tersebut meskipun mereka terlebih dahulu berjaya mengejutkan tuan rumah dengan jaringan voli jarak jauh menerusi Rufino Walter Gama diminit ke-48.
The opening goal for 🇹🇱 Timor Leste against 🇮🇩 Indonesia was an absolute beauty! 😍 A cracking strike by Rufino Walter Gama! 👏
#AFFSuzukiCup18 #TimeToShine #IDNvTLSFollow the match LIVE 👉 https://t.co/3aff9Muxaq pic.twitter.com/5D0AKjlmEg
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) November 13, 2018
Sebelum Indonesia kembali bangkit dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi jaringan penalti Stefano Lilipaly dan Beto Goncalves pada minit ke-82.
Jurulatih Timor Leste – Norio Tsukitate berkata, para pemainnya banyak melakukan kesilapan sehingga membolehkan Indonesia kembali bangkit dibabak kedua perlawanan.
“Nasib untuk pasukan Indonesia.”
“Kami sudah cuba berusaha melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini, tetapi ada kesilapan yang kami lakukan pada babak kedua.”
“Itu membuatkan Indonesia berjaya mencetak gol, dan itu gol yang sangat baik,” ujar Tsukitate menerusi Bola.
Selepas menjalani dua perlawanan bertemu Thailand dan Indonesia, pengendali dari Jepun itu akui ada perbezaan dari corak permainan dari kedua-dua pasukan itu.
“Thailand dan Indonesia mempunyai gaya permainan yang berbeza. Oleh sebab itu keputusan perlawanan juga berbeza.”
Pada perlawanan seterusnya, skuad “The Little Samba Nation” itu akan datang ke Malaysia bagi bertemu Filipina.
Perlawanan tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 17 November jam 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.