Afeeq Iqmal Bakal Jadi Pertaruhan Penting Kedah Hadapi KL Rovers?

Nama penyerang tempatan iaitu Afeeq Iqmal berkemungkinan besar akan menjadi pertaruhan penting buat Kedah Darul Aman (Kedah) hari ini untuk menghadapi cabaran KL Rovers bagi aksi suku akhir pertama MFL Challenge Cup 2024.

Terdahulu, Sang Kenari bakal melayan kunjungan KL Rovers dalam aksi pertama suku akhir MFL Challenge Cup selepas masing-masing tersingkir awal pada saingan Piala Malaysia 2024 lalu.

Jika dilihat pada reputasi semasa, jelas Kedah memiliki kelebihan untuk memenangi aksi tersebut jika dibandingkan KL Rovers yang berada di pentas A1 Semi-Pro.

Selain jurang daripada segi kualiti pemain, Kedah juga memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri iaitu Stadium Darul Aman (SDA) malam ini bersama jangkaan ribuan peminat setia kesayangan mereka.

Ianya sedikit sebanyak menjadikan Sang Kenari selaku kelab pilihan untuk memenangi aksi pertama tersebut jika dibandingkan pasukan pelawat hari ini.

Walaupun begitu, Kedah juga turut tidak terlepas dengan masalah dalaman yang masih membelenggu mereka sehingga menyaksikan beberapa pemain utama kelab tersebut sudah meninggalkan Sang Kenari.

Untuk aksi hari ini, Kedah turut terlepas khidmat untuk menggunakan penyerang berbisa mereka iaitu Syafiq Ahmad kerana beliau bersama kem Harimau Malaya kini di saingan Asean Championship.

Melihat kepada kualiti semasa pengganti beliau, nama Afeeq mungkin bakal menjadi pertaruhan Victor Andrag untuk diperkenalkan pada hari ini berdepan cabaran KL Rovers.

Kelibat Afeeq pada musim ini lebih banyak menghiasi skuad KDA B yang berakdi dalam saingan MFL dan hanya diberi peluang bermain dua kali bersama pasukan senior.

Sepanjang bersama skuad KDA B, Afeeq muncul selaku penjaring terbanyak kelab dan mempamerkan kualiti permainan cukup menyakinkan selaku penyerang tempatan.

Malah, Afeeq menampilkan aksi cukup baik sepanjang dua kali beraksi untuk skuad senior Sang Kenari sehingga timbul beberapa desakan dalam kalangan peminat yang berharap beliau mampu kekal bersama pasukan berkenaan.

Apapun, ia terserah kepada Victor jika beliau ingin menyenaraikan Afeeq atau memberi peluang kepada pemain lain seperti Aiman Afif serta Fayadh Zulkifli yang juga boleh bertindak selaku pengganti Syafiq.

Malah, Victor juga masih mempunyai Milos Gordic serta Ebenezer Assifuah di posisi utama serangan untuk menghadapi cabaran KL Rovers pada aksi hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN