Aksi AFCON telah memasuki perlawanan kedua bagi peringkat kumpulan.
Semalam, dua perlawanan Kumpulan E dan satu perlawanan Kumpulan F telah diadakan.
Sang Gajah tersekat
Maghribi dipertemukan dalam perlawanan menentang Ivory Coast semalam. Ketua jurulatih Maghribi, Herve Renard telah menurunkan beberapa pemain antaranya Nordin Amrabat, Hakim Ziyech dan Younes Belhanda.
Mehdi Benatia diberikan tanggungjawab selaku kapten pasukan. Ivory Coast yang dilatih oleh Ibrahim Kamara telah menurunkan Jonathan Kodija dan Serge Aurier.
Youssef Nesyri menjaringkan gol untuk Maghribi pada minit ke-23. Nesyri menjaringkan satu-satunya gol pada perlawanan tersebut.
Tiada gol tambahan dijaringkan dan kedudukan kekal sehingga wisel perlawanan. Maka dengan kemenangan kedua dicatatkan skuad Maghribi, mereka telah menempah slot ke pusingan 16 terbaik.
Afrika Selatan masih berpeluang?
Dalam satu lagi aksi Kumpulan E, Afrika Selatan berjaya menewaskan jiran sebelah mereka, Namibia. Skuad yang dikenali sebagai Bafana Bafana ini menang melalui gol tunggal Bongani Zungu.
Zungu menjaringkan gol itu pada minit ke-68. Sebelum itu, kedua-dua pasukan gagal menemui sebarang gol.
Afrika Selatan kini mengutip 3 mata menduduki tangga ketiga Kumpulan E. Mereka terpaksa bermain dengan cemerlang untuk mendapatkan rekod statistik yang baik bagi layak ke pusingan 16 terbaik.
Aksi terakhir Kumpulan E menyaksikan Afrika Selatan akan bertemu Maghribi dan Namibia akan menentang Ivory Coast.
Tunisia tenang
Bagi Kumpulan F, Wahbi Khazri selamatkan Tunisia dengan gol penyamaan pada minit ke-70 perlawanan. Pada mulanya, Tunisia ketinggalan di belakang Mali.
Diadie Samsassekou menjaringkan gol untuk Mali pada minit ke-60. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa perlawanan.
Tunisia dan Mali masing-masing belum tewas untuk kempen Kumpulan E. Mereka sebenarnya bergelut untuk layak ke pusingan 16 terbaik. Mungkin, mereka mengharapkan keputusan perlawanan antara Mauritania menentang Angola pada hari ini.
Aksi tumpuan
Hari ini juga menyaksikan Cameroon akan menentang Benin. Begitu juga Guinea – Bissau menentang Ghana.
Kedua-dua perlawanan disebutkan tadi merupakan perlawanan dalam Kumpulan F.