AFCON: 6 Orang Mati Akibat Rempuhan Penyokong Di Pintu Masuk Stadium

Penyokong AFCON

Keterujaan penyokong Cameroon untuk menyaksikan pasukan mereka bertemu Comoros untuk aksi pusingan 16 berakhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan tragedi berdarah apabila sekurang-kurangnya enam orang disahkan meninggal dunia.

Kejadian tersebut berlaku akibat dari rempuhan penyokong yang berasak-asak mahu masuk di pintu utama Stadium Olembe di Yaounde, ibu kota Cameroon yang turut menyebabkan puluhan lagi cedera.

Setakat ini laporan tidak mendedahkan sama ada rempuhan tersebut berlaku sebelum atau semasa perlawanan berlangsung, namun pihak berkuasa tempatan kini menjangkakan angka kematian akan terus meningkat.

Menurut sumber dari hospital, pihaknya telah menerima lebih 40 orang penyokong yang cedera dan sebahagiannya berada dalam keadaan kritikal dan perlu dihantar ke hospital pakar.

Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) dalam kenyataannya mengatakan pihaknya masih berusaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian berkenaan daripada pihak berkuasa dan penganjur.

“Malam ini, Presiden CAF, Dr Patrice Motsepe telah menghantar Setiausaha Agung, Veron Mosengo-Omba untuk menziarahi penyokong yang cedera di hospital.

https://twitter.com/Kick4422/status/1485734694482288648?s=20

Menurut satu laporan, jumlah pintu masuk yang terhad dikatakan menjadi punca penyokong terpaksa berasak-asak untuk masuk ke stadium yang mempunyai kapasiti 60,000 tempat duduk itu.

Namunm hanya 48,000 penyokong dibenarkan masuk iaitu 80% daripada kapasiti mengikut peraturan Covid-19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN