AFCON 2019: Madagascar Cipta Sejarah Layak Buat Pertama Kali

Pusingan kelayakan bagi Kejohanan Negara-Negara Afrika 2019 (AFCON) hampir menutup tirainya. Ada pasukan sudah melayakkan diri untuk kejohanan utama benua Afrika itu.

Cameroon selaku tuan rumah diberikan tiket kelayakan automatik. Menariknya, edisi 2019 ini menyaksikan format 24 pasukan bakal digunapakai.

(Photo by Ulrik Pedersen/Icon Sport via Getty Images)

48 pasukan bertarung merebut baki 23 slot. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan di mana juara dan naib juara akan mara ke pusingan akhir di Cameroon.

Pengecualian hanya bagi Kumpulan B, satu slot sahaja diberikan disebabkan Cameroon yang berada dalam kumpulan tersebut merupakan tuan rumah. Setiap pasukan akan mengharungi 6 perlawanan.

Madagascar mara

Pasukan itu diundi bersama Senegal, Sudan dan Equatorial Guinea dalam Kumpulan A. Mereka mara ke AFCON setelah memenangi 3 perlawanan dan seri sekali setelah beraksi dalam 4 perlawanan.

Mereka menduduki tangga kedua walaupun terikat 10 mata dengan Senegal. Senegal berada di atas kerana kelebihan kutipan defisit gol.

(Photo credit should read MAMYRAEL/AFP/Getty Images)

Madagascar melayakkan diri selepas menewaskan Equatorial Guinea pada perlawanan kelmarin walaupun mempunyai baki 2 perlawanan lagi. Mereka layak ke kejohanan itu pertama kali dalam sejarah AFCON.

Setelah pasukan bola sepak mereka layak, para penduduk sekitar bandar raya Antananarivo meraikan kejayaan tersebut.

(Photo credit should read MAMYRAEL/AFP/Getty Images)

Turut mara

Senegal yang sedang mendahului Kumpulan A juga layak untuk beradu nasib untuk kejohanan di Cameroon ini.

Aksi kelayakan Kumpulan J menyaksikan Mesir dan Tunisia turut layak walaupun berbaki 2 perlawanan. Ini bermakna 19 pasukan akan mara selepas ini.

Pusingan kelayakan ini dijangka akan berakhir pada Mac tahun hadapan. Kejohanan di Cameroon bakal dilangsungkan pada 15 Jun hingga 13 Julai 2019.

Pasukan manakah akan menjadi pilihan anda untuk mara?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN