AFCON 2019: Jordan Ayew Bantu Ghana Mara ke Pusingan 16 Terbaik

Semalam, telah berlangsungnya perlawanan terakhir Kumpulan E & F bagi AFCON 2019 semalam. Maka, lengkaplah sudah senarai 16 terbaik dan 8 pasukan yang mengucapkan selamat tinggal.

Ghana dibantu Ayew

Pemain sensasi Ghana, Jordan Ayew menjaringkan 1 gol untuk pasukannya bagi menewaskan Guinea-Bissau semalam. Gol itu hadir seminit selepas separuh masa kedua bermula.

Thomas Partey membantu Ghana dengan menambah gol kedua semasa minit ke-72. Ghana bertemu Guinea-Bissau semasa perlawanan dalam Kumpulan F. Ghana menang melalui keputusan 2-0.

Dalam satu lagi aksi, Benin dengan Cameroon dirundung kekecewaan kerana hanya mampu seri tanpa jaringan. Walau bagaimanapun, Ghana dan Cameroon mara ke peringkat seterusnya atas kapasiti juara dan naib juara Kumpulan F.

Imbasan Kumpulan E

Pemain Mali meraikan gol tunggal mereka dalam perlawanan semalam. Kredit: CAF.

Mauritania dipertemukan dengan Tunisia yang menyaksikan kedua-dua pasukan itu seri 0-0. Namun begitu, dalam satu lagi perlawanan, Mali hanya mampu menang tipis ke atas Angola.

Gol tunggal Mali dijaringkan pada minit ke-37 oleh Amadou Haidara. Kelebihan Mali itu kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Kumpulan E menyaksikan Mali dan Tunisia masing-masing berjaya melangkah ke pusingan kalah mati. Menariknya, Tunisia seri kesemua perlawnan diharungi di peringkat kumpulan.

Siapa ketiga terbaik?

4 pasukan telah diketahui nasib mereka. Pasukan berikut telah mara ke pusingan 16 terbaik disebabkan rekod statistik terbaik dimiliki mereka.

4 pasukan terbaik antara 6 pasukan tempat ketiga kumpulan.

Nampaknya Kenya dan Angola telah memberikan cabaran terbaik untuk mara ke fasa seterusnya. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

Format 24 pasukan ini pertama kali digunakan dalam sejarah AFCON.

Undian 16 terbaik

Berikut merupakan undian penuh peringkat 16 terbaik.

5 Julai: Maghribi lawan Benin, Uganda lawan Senegal
6 Julai: Nigeria lawan Cameroon, Mesir lawan Afrika Selatan
7 Julai: Madagascar lawan Republik Demokratik Congo, Algeria lawan Guinea
8 Julai: Mali lawan Ivory Coast, Ghana lawan Tunisia

Perlawanan manakah bakal menjadi tumpuan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN