AFCON 2019: CAF Perkenal ‘Cooling Break’ Akibat Suhu Panas Di Mesir

Afrika

Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan ‘cooling break’ dalam AFCON kali ini. Ia disebabkan suhu di negara tuan rumah agak panas.

Mesir biasanya akan mengalami suhu 40 darjah Celcius pada musim panas.

Suhu tinggi

CAIRO, EGYPT – JUNE 17: General view of the Cairo International Stadium on 17th June, 2019 in Cairo, Egypt. (Photo by Visionhaus)

4 bandar raya di Mesir telah terpilih menjadi untuk menganjurkan perlawanan AFCON. Kaherah, ibu kota Mesir sendiri mempunyai 3 stadium yang dijadikan gelanggang untuk kejohanan itu.

3 bandar raya lain ialah Alexandria, Suez dan Ismailia. Ismailia satu-satunya bandar raya yang tidak mengalami suhu tinggi pada musim panas ini.

Tetapi, Alexandria sahaja yang suhunya tidak terlalu tinggi kerana lokasinya terletak di tepi pantai.

Minta ubah jadual

Menurut Perbadanan Penyiaran Britain, pihak Persatuan Pemain Bola Sepak Antarabangsa (FIFPro) telah mencadangkan agar perlawanan dilewatkan sedikit bagi mengelakkan cuaca terlalu panas.

Dilaporkan tujuh perlawanan peringkat kumpulan diadakan pada jam 4.30 petang waktu Mesir.

Bagi FIFPro, kesihatan dan kebajikan para pemain perlu diutamakan biarpun mereka menghargai usaha penganjur dan syarikat televisyen dalam menentukan jadual perlawanan.

Cadangan masa

FORTALEZA, BRAZIL – JUNE 29: Mexico players take on fluids during a cooling break in the 2014 FIFA World Cup Brazil Round of 16 match between Netherlands and Mexico at Castelao on June 29, 2014 in Fortaleza, Brazil. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

CAF bercadang untuk memperkenalkan “cooling break” ini pada minit ke-30 dan ke-70. Tetapi, FIFPro telah memberikan cadangan menarik.

Mereka mencadangkan agar dua lagi “cooling break” tambahan iaitu sewaktu minit ke-15 dah ke-60. Dilaporkan FIFPro telah menghantar surat rasmi berserta cadangan perlaksanaan kepada CAF.

Difahamkan FIFA membenarkan dua sesi rehat kepada para pemain ini. Dan sesi ini ada dimanfaatkan dengan para jurulatih memberikan arahan taktikal kepada para pemain.

Adakah CAF sudi menerima cadangan ini dan melaksanakannya? Cuma adakah ia masih mengikuti peraturan yang digubal FIFA?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN