AFCON 2019: Asamoah Gyan Tak Jadi Bersara Kerana Pujukan Presiden

Siapakah di sini tidak mengenali Asamoah Gyan? Penyerang Ghana yang pernah mencuri tumpuan sewaktu beraksi untuk Sunderland dan terkenal dengan nombor 3.

Gyan menggemparkan bola sepak Ghana apabila mengumumkan untuk bersara. Tetapi apakah di sebalik tindakan beliau itu?

Kuasa ditarik balik

Laporan mengatakan Gyan tidak dikekalkan menjadi ketua pasukan Ghana. Penyerang Kayserispor ini lantas mengumumkan persaraan.

Berita persaraan ini tular dan lantas mendapat perhatian Presiden negara itu, Nana Akufo-Addo. Kemudiannya sang Presiden itu lantas menghubungi Gyan melalui telefon.

Akufo-Addo segera memujuk Gyan agar tidak meneruskan hasratnya. Beliau meminta Gyan tidak menolak panggilan mewakili Ghana oleh ketua jurulatih, Kwasi Appiah.

Pegawai FA Ghana sendiri mengakui memang ada panggilan telefon dibuat. Akhirnya, Gyan bersetuju untuk tidak bersara dan Akufo-Addo gembira dengan keputusannya.

Dalam kenyataan rasminya, Gyan menyatakan bahawa panggilan Presiden adalah bukan sesuatu yang boleh diabaikan.

Kerana disingkir?

FORTALEZA, BRAZIL – JUNE 21: Asamoah Gyan of Ghana celebrates scoring his team’s second goal during the 2014 FIFA World Cup Brazil Group G match between Germany and Ghana at Castelao on June 21, 2014 in Fortaleza, Brazil. (Photo by Alex Livesey – FIFA/FIFA via Getty Images)

Appiah sebelum ini dilaporkan merancang untuk melantik kapten baharu. Antara nama disenaraikan ialah Andre Ayew.

Appiah bakal menyenaraikan kira-kira 30 pemain untuk latihan pusat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebelum AFCON bermula, beliau akan memilih 23 pemain terbaik untuk dibawa bagi kempen AFCON 2019 di Mesir.

Ghana telah diundi dalam Kumpulan F bersama Benin, Cameroon dan Guinea-Bissau. Sudah pasti pertembungan Ghana menentang Cameroon sudah menjadi tumpuan ramai.

Ghana kali terakhir memenangi AFCON pada edisi 1982. Namun begitu, mereka tewas pada perlawanan akhir kejohanan 2015. Ghana pernah memenangi AFCON sebanyak 4 kali.

Gyan sebelum ini bersama beberapa kelab antaranya Udinese (Itali) dan Rennes (Perancis).

Malah, Gyan mewakili Ghana sebanyak tiga kali berturut-turut dalam Piala Dunia. Beliau mewakili negaranya semasa Piala Dunia 2006, 2010 dan 2014.

Cuma pada edisi 2014, beliau diberi tanggungjawab selaku kapten pasukan. Ada laporan mengatakan beliau mengalami kecederaan begitu kerap sehinggakan terpaksa digugurkan daripada pasukan kebangsaan Ghana sejak September 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN