Quantcast

BERITA

AFCON 2019: Algeria Dan Senegal Berentap Di Final

Senegal mara ke final Piala Negara-Negara Afrika – kali ke-2 dalam sejarah negara mereka – selepas menyingkirkan Tunisia dalam aksi separuh akhir yang penuh drama.

Naib juara pada edisi 2002 tersebut terpaksa menunggu sehingga ke masa tambahan 30 minit untuk memastikan kemaraan mereka. Pemain Tunisia, Dylan Bronn tertampan bola ke gawang sendiri.

Senegal menguasai separuh masa pertama. Youssof Sabali dan Sadio Mane memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol, tetapi gagal menyudahkannya.

Pada awal separuh masa kedua, Taha Khenssi dan Sassi pula mencemaskan Senegal dengan percubaan gol mereka.

Namun perlawanan menjadi lebih dramatik kerana selepas itu kedua-dua pasukan masing-masing mendapat penalti. Malangnya, kedua-duanya gagal disempurnakan oleh kedua-dua pasukan.

Tiada gol pada 90 minit perlawanan. Masuk ke masa tambahan 30 minit, pada masa tambahan ke-10, Dylan Bronn melakukan jaringan sendiri.

Pada minit babak akhir perlawanan Kem Tunisia agak bengang kerana pengadil menarik semula penalti – hasil daripada tinjauan semula VAR.

Senegal berjaya mara ke final AFCON 2019.

Dalam satu lagi aksi jaringan tunggal Riyad Mahrez memastikan Algeria menempah slot final.

Algeria menumpaskan Nigeria dalam aksi separuh akhir yang penuh sengit di antara kedua-dua pasukan.

Algeria di hadapan pada minit ke-40 menerusi jaringan sendiri oleh William Troost-Ekong.

Ketika perlawanan menuju ke-20 minit terakhir, Odion Ighalo menyamakan kedudukan untuk Nigeria. Jaringan tersebut adalah daripada penalti yang dihadiahkan menerusi VAR.

Ketika perlawanan hampir memasuki masa tambahan 30 minit, bintang Algeria, Riyad Mahrez melakukan sepakan percuma cantik pada masa kecederaa 90+5. Gol yang membawa Algeria ke final.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang mara ke final.