AFCON 2019: 3 Perlawanan Catat Keputusan Seri, Terikat Tanpa Jaringan

Afrika

Malam tadi telah berlangsungnya tiga perlawanan untuk peringkat kumpulan AFCON 2019. Yang menariknya, ketiga-tiga perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Buntu

Mauritania sekurang-kurangnya berbangga dengan penampilan sulung mereka dalam kejohanan kali ini. Sebelum ini, mereka tewas kepada Mali pada perlawanan pembukaan.

Mereka meraih satu mata selepas seri dengan Angola pada perlawanan Kumpulan E. Perlawanan itu dilangsungkan di Suez.

Menurut statistik, Mauritania mempunyai 6 percubaan menjaringkan gol, lebih 1 daripada Angola. Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E, Mauritania akan menentang Tunisia.

Angola pula akan melawan Mali. Kedua-dua perlawanan akan dilangsungkan pada 2 Julai.

Berkongsi perasaan

Perlawanan antara Ghana menentang Cameroon. Sumber: CAFOnline.

Cameroon mengharapkan Clinton NJie selaku pemain harapan mereka. Manakala Ghana pula meletakkan Christian Atsu, Wakaso Mubarak, Asamoah Gyan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan ini.

Andre dan Jordan Ayew turut dimasukkan selaku kapten dalam perlawanan ini. Ghana mempunyai 14 percubaan gol berbanding Cameroon yang dibimbing oleh Clarence Seedorf meraih hanya 8 sahaja.

Nampaknya Seedorf perlu merombak taktikal agar dapat memenangi perlawanan seterusnya. Cameroon dijadualkan akan menentang Benin pada 2 Julai.

Kosong – kosong

Perlawanan antara Benin menentang Guinea-Bissau semalam. Sumber: CAFOnline.

Guinea-Bissau dan Benin juga seri tanpa jaringan pada perlawanan yang diadakan di Ismaillia. Stephane Sessegnon diletakkan selaku kapten oleh jurulatih Benin.

Namun, sayangnya kedua-dua pasukan tidak dapat menemui sebarang jaringan walaupun berbelas kali mengasak gawang.

Guinea-Bissau mempunyai harapan untuk mara jika meraih keputusan baik ketika menentang Ghana pada 2 Julai.

Penentuan

Hari ini merupakan perlawanan terakhir untuk Kumpulan A dan B. Kedua-dua perlawanan Kumpulan A akan diadakan serentak.

Begitu juga keadaan dengan Kumpulan B.

Mesir akan menentang Uganda manakala Republik Demokratik Congo pula akan melawan Zimbabwe untuk pertembungan Kumpulan A.

Aksi penutup Kumpulan B menyaksikan Madagascar akan menghadapi Nigeria dan Burundi pula bertembung Guinea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN