AFCB16: Jurulatih Tajikistan Akui Terkejut Dengan Corak Permainan Malaysia

Aksi mantap skuad bawah 16 tahun negara kendalian Lim Teong Kim ketika menewaskan Tajikistan, 6-2 dalam perlawanan pertama Kejohanan AFC B-16 semalam ternyata telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuk jurulatih pihak lawan.

Ketua jurulatih Tajikistan, Rakhimov Zaynidin mengakui dia terkejut dan tidak menyangka anak buahnya mudah dibelasah oleh tuan rumah yang mengamalkan corak permainan pantas.

“Saya tidak menjangkakan kekalahan dengan jurang begitu besar seperti ini. Barisan pertahanan kami berdepan masalah besar apabila gagal beraksi seperti yang dimahukan.

“Kami juga tidak menjangkakan pemain nombor 10 (Luqman Hakim Shamsudin) beraksi dengan baik sehingga dia menjaringkan empat gol bertemu Tajikistan.

“Namun, ini memberi pengajaran kepada kami dan kami akan bangkit dengan persembahan lebih kemas selepas ini,” katanya kepada Berita Harian.

Walaubagaimanapun, kemenangan skuad negara tidak berakhir dengan sempurna apabila penjaga gol utama, Sikh Izhan dilayangkan kad merah dan terlepas perlawanan menentang Thailand ahad ini.

Aksi penjaga gol skuad Malaysia B-16, Sikh Izhan. FOTO: FAM

Namun, pengendali negara, Lim Teong Kim tidak menyalahkan Sikh sebaliknya menyifatkan insiden itu sebagai satu pengajaran yang berguna buat anak buahnya.

“Saya sudah katakan semalam (kelmarin) bahawa mereka ini masih budak-budak. Dia beraksi dengan baik namun satu kesilapan dilakukannya tetapi pada saya, ia bukanlah satu masalah.

“Ini sebahagian daripada proses pembelajaran dan mereka dibenarkan untuk membuat kesilapan. Sudah tentu mereka akan bangkit dan memperagakan persembahan lebih baik.

“Kami masih ada pemain tidak kurang hebatnya dan sama bagus dengan Sikh. Kami memiliki kelompok pemain yang baik dan tidak hanya bergantung kepada seorang pemain,” katanya pada sidang media.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN