AFC Tunda Perlawanan Korea Utara vs. Malaysia, Tolak Cadangan Gelanggang Neutral

Jawatankuasa Pertandingan AFC telah sebulat suara untuk menunda perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan Korea Utara vs Malaysia.

Hal ini disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Mohd. Amin dalam siaran media terbaru beliau sebentar tadi.

Perlawanan pembukaan kumpulan B untuk kedua-dua pasukan ini ditunda atas pertimbangan selepas Malaysia meminta agar perlawanan ini dialihkan ke gelanggang neutral.

Ini selepas ada sedikit ketegangan diplomatik di antara kedua-dua negara selepas pembunuhan rakyat Korea Utara di KLIA2.

Malaysia menyambut baik langkah AFC ini walaupun cadangan untuk beraksi di gelanggan neutral ditolak buat masa ini.

Namun begitu, Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC masih belum mengumumkan tarikh baru untuk perlawanan ini.

Sebelum ini pengendali skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee menolak untuk pergi ke Korea Utara dalam masa terdekat ini.

Ong Kim Swee lebih mengutamakan keselamatan dan nyawa berbanding dengan bola sepak.

Kerajaan Malaysia dan FAM juga tidak memberikan lampu hijau kepada skuad kebangsaan untuk ke Korea Utara buat masa ini.

Peminat bola sepak dan rakyat Malaysia menyambut baik dan faham akan situasi kritikal ini.

Nampaknya, peminat bola sepak tempatan akan dahagakan aksi bola sepak. Ini kerana jadual Liga MSL bercuti untuk memberikan laluan kepada perlawanan kelayakan ini.

Malaysia akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 22 Mac ini.

Untuk pengetahuan pembaca, ada beberapa perlawanan yang sentiasa diberikan lampu hijau untuk bermain di gelanggang neutral oleh FIFA.

Antara yang kita sedia maklum addalah yang melibatkan Arab Saudi dan Israel.

Dilaporkan juga ada rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara buat masa ini. Bersama-sama kita mendoakan agar tidak ada perkara buruk berlaku kepada mereka.

Baca juga: Jersi Selangor 2017 Tampil Dengan Corak Yang Ringkas Lagi Elegan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN